Thursday, July 25, 2013

DIET CARA RASULULLAH



Cara Diet Rasulullah

Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.

Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
 
 

Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum

Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan. Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.

Saturday, July 6, 2013

PAS PERAK PENGASAS KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA

SEJARAH PAS NEGERI PERAK

Oleh:PASPerak


Khalilul Rahman Abdul Samad

Gerakan kesedaran Islam mula muncul di Perak sejak awal 1920an apabila tokoh - tokoh reformis Islam seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Junid Thola dan Dr. Burhanunuddin Al - Helmy mula mengerakkan semula pemikiran umat Islam.

Sheikh Junid Thola, pengasas Madrasah Ad - Diniah, Kampung Lalang, Padang Rengas misalnya semenjak 1934 lagi telah menekankan tentang kewajipan menegakkan Negara Islam.



Kemuncak kesedaran ini ialah apabila munculnya Madrasah Ihya' As - Shariff yang diasaskan oleh Ustaz Haji Abu Bakar al - Baqir, Gunung Semanggol yang menjadi tapak pengerakan politik Islam dengan penubuhan Majlis Agama Tertinggi Se - Malaya [ MATA ] pada tahun 1947 dengan diikuti oleh Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

Kesedaran Islam yang berkembang di Gunong Semanggol, Padang Rengas dan Hilir Perak kemudiannya mempergaruhi politik Tanah Melayu apabila Majlis Agama Hilir Perak mendesak Umno mengadakan Persidangan Ulamak pada tahun 1950. Hasilnya, atas usaha Pengerusi Biro Agama Umno, Tuan Haji Ahmad yang merupakan ulamak berasal dari Perak telah mengadakan Persidangan Alim Ulamak Malaya Pertama di Muar, Johor. Diikuti pula oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 23 Ogos 1951.

Persatuan Ulamak Se-Malaya itu kemudiannya ditukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya [ PAS ] ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Butterwoth, maka Perak sekali lagi memainkan peranan besar terhadap perkembangan awal PAS apabila pimpinan utama PAS kebanyakkannya dari Perak termasuk tiga Yang Dipertua Agung terawal iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dari Ulu Piol, Manong, Dr. Haji Abbas Alias [ lahir di Selangor, tetapi dibesarkan di Sitiawan ] dan Dr.Burhanuddin Al - Helmy [ lahir di Kota Baru, Gopeng tetapi dibesarkan di Taiping ].




Manakala empat Timbalan Yang Dipertua Agung PAS iaitu Ustaz Mohd Ghazali Abdullah, Dr. Haji Abbas Alias, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Hassan Adli juga berasal dari Perak. Demikian juga tokoh - tokoh besar lain seperti Tuan Guru Haji Ahmad Hussin, Tuan Guru Abdul Samad Noh, Ustaz Haji Asiya, Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Ahmad Azzam, Ustaz Baharuddin Latif, Datin Sakinah Junid, Ustazah Zaharah Othman, Abdullah Zawawi Hamzah, Ustaz Jaiz Anwar [ bekas Ketua Pemuda PAS Pusat ] juga berasal dari Perak.

Perak juga merupakan tempat kedua PAS berkembang apabila Cawangan [ Ranting ] yang pertama di Perak di tubuhkan iaitu Cawangan Kuala Kangsar pada 10 April 1952 yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, diikuti Cawangan Kerian pada 6 Julai 1952. Sehingga Januari 1953, PAS turut mempunyai cawangan di Beruas, Selama,Telok Anson [ kini Teluk Intan ], Titi Serong dan beberapa daerah di Hilir Perak.

Yang menarik ialah apabila Perak pernah menjadi tuan rumah Kongres PAS yang pertama di Maahad Yahyawiah, Padang Rengas dalam tahun 1952. Kemudiannya Kongres PAS ke-2 berlangsung di Madrasah Al Ulum, Bagan Datoh pada 25 - 28 Ogos 1953 di ikuti oleh Madrasah a- Tahzib ad - Diniah, Titi Serong pada 12 - 14 Ogos 1954 yang berjaya membuat keputusan memisahkan PAS daripada pengaruh Umno.



Persidangan di Madrasah al - Ulum, Bagan Datoh juga berjaya mengadakan Kongres Pemuda Islam SeMalaya bagi menubuhkan Dewan Pemuda sebelum Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada tahun yang sama iaitu 1957. Kesan daripada gerakan politik yang pesat di Perak pada tahun 1955, PAS berjaya memenangi kerusi tunggal Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan apabila Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin menang di Kerian. Turut menang ialah Mohd Kamal Ahmad di Kuala Kurau, iaitu satu - satunya calon PAS yang menang di Majlis Undangan Negeri pada 1955.

Sejak itu PAS turut menguasai Parlimen Parit [ 1974 dan 1999 ], Bagan Datoh [ 1974 ] dan Parit Buntar [ 1999 ] selain menguasai tiga kerusi DUN pada tahun 1974 dan 1999 serta masing - masing satu kerusi pada tahun 1959, 1969 dan 1978.

Bagi pengkaji sejarah politik PAS, kemunculan regu Dr.Burhanuddin al - Helmy, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad pada tahun 1956 menandakan bermulanya penguasaan ` blok Perak ` dalam kepimpinan PAS apabila tokoh - tokoh yang berasal dari Perak dipilih menduduki kepemimpinan PAS, sebelum dikuasai oleh Kelantan mulai 1965. Regu ini dianggap yang terbaik pernah dilahirkan oleh PAS sebagai ulamak, pejuang dan pemimpin kepada PAS.

Kini sesudah sekian lama bertapak dan berkembang di Perak, PAS berpontesi untuk terus maju di bawah kepemimpinan Ustaz Haji Abu Bakar Hussain sebagai Pesuruhjaya PAS Perak yang memegang baton perjuangan yang diwarisi dari Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Hassan Adli, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ustaz Baharuddin Latif, Ustaz Azizan Mohd Desa, Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, Ustaz Haji Ahmad Awang sebagai antara tokoh yang pernah mengetuai PAS Perak.

Oleh : Jabatan Perpustakaan & Arkib Yusof Rawa PAS Pusat