Tuesday, April 30, 2013

SAJAK DULU-DULU DARI MASURI SALIKUN ATAU MASURI SN

 


SAJAK MASURI SN MARTINO 
SEJAK DAHULU TURUN TEMURUN  

BERSAMA-SAMA BERKURUN KURUN

SEJARAH MENUKILKANRIWAYAT MENYEBUTKAN

 PERJUANGAN ITU PANGKAL KEJAYAAN 

BUKANKAH SESUDAH HUJAN LEBAT 

SEGALA TUMBUH-TUMBUHAN SEGAR SEHAT

BUKANKAH SESUDAH AIR BAH MELEMPAH

 SEKALI PANTAI BERUBAH!

BILA WAKTU MENCAPAI HUJUNG USAHA

 ADAKAH HASIL ATAU KECEWA,

 MAKA BERJUANG HEBAT ITU PENUTUP KATA 

PEMUTUS AKHIR HINA ATAU MULIA

BUKANKAH BERJUANG ITU MAHA DAHSYAT

BAGI PERWIRA YANG BERHATI TABAH! 

KERANA ITULAH DISAAT PEMBANGUNAN INI

 JIWA SEMANGAT INI MESTI TAHAN UJI 

BERJUANG SAJA LAMBANG KITA KINI 

DALAM MENCAPAI CITA-CITA SUCI

PUNCA KEJADIAN 13 MEI 1969

Tuesday, April 30, 2013

Cubaan Dr M dan pemimpin Umno rampas kuasa cetus 13 Mei - Tamrin

Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Tamrin Ghafar.

Menurut laporan Malaysiakini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umo, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang 13 peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.