Saturday, July 6, 2013

PAS PERAK PENGASAS KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA

SEJARAH PAS NEGERI PERAK

Oleh:PASPerak


Khalilul Rahman Abdul Samad

Gerakan kesedaran Islam mula muncul di Perak sejak awal 1920an apabila tokoh - tokoh reformis Islam seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Junid Thola dan Dr. Burhanunuddin Al - Helmy mula mengerakkan semula pemikiran umat Islam.

Sheikh Junid Thola, pengasas Madrasah Ad - Diniah, Kampung Lalang, Padang Rengas misalnya semenjak 1934 lagi telah menekankan tentang kewajipan menegakkan Negara Islam.



Kemuncak kesedaran ini ialah apabila munculnya Madrasah Ihya' As - Shariff yang diasaskan oleh Ustaz Haji Abu Bakar al - Baqir, Gunung Semanggol yang menjadi tapak pengerakan politik Islam dengan penubuhan Majlis Agama Tertinggi Se - Malaya [ MATA ] pada tahun 1947 dengan diikuti oleh Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

Kesedaran Islam yang berkembang di Gunong Semanggol, Padang Rengas dan Hilir Perak kemudiannya mempergaruhi politik Tanah Melayu apabila Majlis Agama Hilir Perak mendesak Umno mengadakan Persidangan Ulamak pada tahun 1950. Hasilnya, atas usaha Pengerusi Biro Agama Umno, Tuan Haji Ahmad yang merupakan ulamak berasal dari Perak telah mengadakan Persidangan Alim Ulamak Malaya Pertama di Muar, Johor. Diikuti pula oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 23 Ogos 1951.

Persatuan Ulamak Se-Malaya itu kemudiannya ditukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya [ PAS ] ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Butterwoth, maka Perak sekali lagi memainkan peranan besar terhadap perkembangan awal PAS apabila pimpinan utama PAS kebanyakkannya dari Perak termasuk tiga Yang Dipertua Agung terawal iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dari Ulu Piol, Manong, Dr. Haji Abbas Alias [ lahir di Selangor, tetapi dibesarkan di Sitiawan ] dan Dr.Burhanuddin Al - Helmy [ lahir di Kota Baru, Gopeng tetapi dibesarkan di Taiping ].




Manakala empat Timbalan Yang Dipertua Agung PAS iaitu Ustaz Mohd Ghazali Abdullah, Dr. Haji Abbas Alias, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Hassan Adli juga berasal dari Perak. Demikian juga tokoh - tokoh besar lain seperti Tuan Guru Haji Ahmad Hussin, Tuan Guru Abdul Samad Noh, Ustaz Haji Asiya, Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Ahmad Azzam, Ustaz Baharuddin Latif, Datin Sakinah Junid, Ustazah Zaharah Othman, Abdullah Zawawi Hamzah, Ustaz Jaiz Anwar [ bekas Ketua Pemuda PAS Pusat ] juga berasal dari Perak.

Perak juga merupakan tempat kedua PAS berkembang apabila Cawangan [ Ranting ] yang pertama di Perak di tubuhkan iaitu Cawangan Kuala Kangsar pada 10 April 1952 yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, diikuti Cawangan Kerian pada 6 Julai 1952. Sehingga Januari 1953, PAS turut mempunyai cawangan di Beruas, Selama,Telok Anson [ kini Teluk Intan ], Titi Serong dan beberapa daerah di Hilir Perak.

Yang menarik ialah apabila Perak pernah menjadi tuan rumah Kongres PAS yang pertama di Maahad Yahyawiah, Padang Rengas dalam tahun 1952. Kemudiannya Kongres PAS ke-2 berlangsung di Madrasah Al Ulum, Bagan Datoh pada 25 - 28 Ogos 1953 di ikuti oleh Madrasah a- Tahzib ad - Diniah, Titi Serong pada 12 - 14 Ogos 1954 yang berjaya membuat keputusan memisahkan PAS daripada pengaruh Umno.



Persidangan di Madrasah al - Ulum, Bagan Datoh juga berjaya mengadakan Kongres Pemuda Islam SeMalaya bagi menubuhkan Dewan Pemuda sebelum Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada tahun yang sama iaitu 1957. Kesan daripada gerakan politik yang pesat di Perak pada tahun 1955, PAS berjaya memenangi kerusi tunggal Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan apabila Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin menang di Kerian. Turut menang ialah Mohd Kamal Ahmad di Kuala Kurau, iaitu satu - satunya calon PAS yang menang di Majlis Undangan Negeri pada 1955.

Sejak itu PAS turut menguasai Parlimen Parit [ 1974 dan 1999 ], Bagan Datoh [ 1974 ] dan Parit Buntar [ 1999 ] selain menguasai tiga kerusi DUN pada tahun 1974 dan 1999 serta masing - masing satu kerusi pada tahun 1959, 1969 dan 1978.

Bagi pengkaji sejarah politik PAS, kemunculan regu Dr.Burhanuddin al - Helmy, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad pada tahun 1956 menandakan bermulanya penguasaan ` blok Perak ` dalam kepimpinan PAS apabila tokoh - tokoh yang berasal dari Perak dipilih menduduki kepemimpinan PAS, sebelum dikuasai oleh Kelantan mulai 1965. Regu ini dianggap yang terbaik pernah dilahirkan oleh PAS sebagai ulamak, pejuang dan pemimpin kepada PAS.

Kini sesudah sekian lama bertapak dan berkembang di Perak, PAS berpontesi untuk terus maju di bawah kepemimpinan Ustaz Haji Abu Bakar Hussain sebagai Pesuruhjaya PAS Perak yang memegang baton perjuangan yang diwarisi dari Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Hassan Adli, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ustaz Baharuddin Latif, Ustaz Azizan Mohd Desa, Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, Ustaz Haji Ahmad Awang sebagai antara tokoh yang pernah mengetuai PAS Perak.

Oleh : Jabatan Perpustakaan & Arkib Yusof Rawa PAS Pusat

Tuesday, June 18, 2013

PENCIPTA KAMERA SEBENARNYA SAINTIS ISLAM IBN HAITHAM

Benarkah Pencipta Kamera Adalah Orang Islam? (Menarik!) | Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mencipta kamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? Jom baca artikel di bawah ini.
Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.
kamera1
Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.
Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”.Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.
kamera3
“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.
Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.
kamera4
Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.
kamera5
Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).
Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).kamera6
Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.
kamera7
Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888,George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.
kamera8
Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.
sumber: billyinfo.blogspot.com

Sunday, June 16, 2013

CERITA ROH MENGUNJUNGI KELUARGA

Monday, 17 June 2013

Roh Isteri Jengah Suami Di Felda Hulu Tebrau | KISAH NYATA YANG BENAR |



Roh Isteri Jengah Suami Di Felda Hulu Tebrau | KISAH NYATA YANG BENAR | Kelmarin, saya terbaca sebuah artikel menarik di Majalah Mastika edisi Mei 2008, yang telah dibeli lebih sebulan yang lalu tetapi belum berkesempatan untuk membacanya. Saya mulanya tertarik dengan tajuk kecil di kulit Majalah berbunyi ‘Politik Malaysia dalam bahaya? ‘ lantas membelinya.


Artikel yang paling menarik itu adalah di muka surat 26, tulisan wartawan terkenal Mastika, saudara Shahidan Jaafar bertajuk “ Roh isteri jengah suami di Felda Hulu Tebrau”.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni 
Berdasarkan maklumat dari artikel tersebut, saya membuat carian di internet ke atas nama ‘Dr Talib Samat – UPSI’ , dan hasilnya beliau adalah Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Artikel ini berkenaan arwah ibunya yang telah meninggal dunia tetapi rohnya masih berkunjung ke rumah keluarga mereka di kampung Felda Hulu Tebrau untuk berbual2 dengan ayahnya. Dr Talib mengundang Mastika untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua.

Pada hari Jumaat 30 November 2007, jam 12.05 tengahari, ibu kepada Dr Talib Samat, Puan Nea Mohd Zain, 75 telah meninggal dunia dan disemadikan pada petangnya di Tanah Perkuburan Islam Hulu Tebrau. Di sini saya petik sebahagian isi artikel tersebut sepertimana yang diceritakan Encik Samat Tukiman, 75, kepada wartawan Mastika.

Pakcik Samat Tukiman, foto kecil – almarhum makcik Nea Mohd Zain ( moga2 kita bertaubat bersungguh-sungguh demi menelusuri jejak langkah kesolehan makcik Nea)

MALAM itu, majlis tahlil arwah diadakan. Jiran-jiran dan saudara-mara terdekat dijemput.Tiba-tiba ketika majlis tahlil sedang berlangsung, Samat terpandang arwah isterinya datang dengan memakai telekung putih. Arwah isterinya muncul dari pintu utama dan kemudian berjalan ke kelompok jemaah wanita. Setelah itu, arwah mendekatinya. Samat melihat tubuh isterinya tidak longlai seperti ketika dia sedang sakit dahulu. Tubuhnya segar dan kuat.

“Saya sihat!” jelas arwah isterinya sambil memerhatikan orang yang sedang bertahlil.

Samat senyum dan mengangguk. “Ramai orang di rumah kita ni!?” tanya arwah isterinya.

“Tengah tahlil, baca doa untuk awak!” beritahu Samat.

“Baguslah! Tapi di sana lebih istimewa. Kawan-kawan pun ramai,” beritahu arwah isterinya lagi.

Arwah isterinya itu tidak lama menghadiri majlis tahlil. Setelah muncul beberapa minit dan berbual-bual dengan Samat, wanita itu berjalan menerusi pintu utama dan terus ghaib. Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari kehadiran arwah kecuali Samat seorang. Pada malam kedua, arwah isterinya datang lagi ketika majlis tahlil sedang berlangsung.

“Masih tahlil lagi?” tanya arwah isterinya.

“Ya. Tahlil,”jawab Samat.

Pada malam berkenaan, itulah sahaja perkara yang ditanya arwah isterinya. Malam-malam berikutnya, arwah isterinya datang lagi, semasa majlis tahlil diadakan. Selepas bertanya khabar, wanita itu menghilangkan diri semula. Namun pada malam ketujuh, arwah datang dengan membawa rombongan kawan-kawannya seramai lebih kurang 60 orang. Setiap ceruk rumahnya penuh dengan kawan-kawan arwah isterinya. Semua wanita yang dibawa isterinya itu memakai telekung putih, seorang pun tidak dikenalinya.

“Macammana di sana (kubur) ?” tanya Samat.

“Lagi istimewa. Dalam kubur, ada cahaya terang benderang!”

Semasa berbual-bual itu, arwah banyak mengingatkan supaya jangan lupa sembahyang, bersedekah dan membuat ibadat supaya apabila meninggal dunia kelak kuburnya dilimpahi cahaya terang-benderang. Samat juga diberi gambaran oleh arwah keadaan di kuburnya tidaklah sunyi dan gelap seperti disangka tetapi terang benderang seperti sebuah bandar.

“Rumah kita ni gelap sikit. Tapi sana (kubur) macam bandar, terang-benderangl”
beritahu isterinya lagi.

Rakan-rakan arwah semuanya hanya mendiamkan diri. Samat sempat bertanya arwah bagaimana corak kehidupan dalam kubur.

” Sana saya bukan makan nasi, saya makan kalimah syahadah, lailahaillah dah kenyang,” beritahu isterinya lagi.

Setelah majlis tahlil berakhir, arwah isterinya mengajak 60 orang rakannya tadi pulang. Tapi sebelum pulang, sekali lagi arwah isterinya berpesan kepada Samat supaya jangan lupa bersembahyang.

“Kalau berhutang boleh dibayar tapi sembahyang, wajib kena buat,” pesan
arwah lagi.

Samat juga pernah bertembung dengan arwah isterinya dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan menghantar anaknya, Dr. Talib ke perhentian bas di Larkin, Johor Bahru. Apabila ditanya Samat, arwah isterinya memberitahu dia sengaja datang untuk mengetahui ke mana anak dan suaminya hendak pergi. Arwah muncul dan sepantas kilat boleh menghilangkan diri – lolos ketika kereta sedang laju bergerak.

Samat juga pernah bertembung dengan isterinya ketika mereka sekeluarga sedang minum di restoran. Roh arwah juga ada kalanya muncul untuk menolong Samat ketika orang tua itu dalam kesusahan, mengangkat barang seperti kerusi atau menyapu sampah.

“Pernah arwah tolong cabutkan pokok cempaka tu!” cerita Samat. Pokok cempaka tersebut sudah bergoyang- goyang akarnya. Tidak semena-mena arwah isteri Samat datang membantunya mencabut pokok tersebut.

Pakcik Samat berbual dengan arwah isterinya, di sebelahnya adalah anaknya Ashidah, adik Dr Talib.

KETIKA  wartawan  Shahidan Jaafar sedang berbual-bual di meja makan di dapur ( dalam pukul 4.00 petang) dengan Samat, tiba-tiba orang tua itu memberitahu arwah isterinya datang.

“Kenapa?, tanya Samat. Ini wartawan Mastika, Shahidan Jaafar. Ini Talib punya syor, Talib suruh masuk cerita awak dalam Mastika, boleh?” kata Samat seolah-olah bertanya kepada arwah isterinya.

Kemudian Samat diam.

“Tak apa! Dia kata boleh tulis. Ceritalah” beritahu Samat seketika kemudian.
Samat menjelaskan, arwah isterinya datang bertudung biasa.

Setengah jam kemudia, sekali lagi isterinya datang, kali ini duduk di atas kusyen pula.

“Awak nampak? Nampak ya? Inilah wartawan Mastika tu!” kata Samat

“Tadi dia beritahu saya, dia nampak wartawan Mastika. Dia kata, baguslah cerita perkara-perkara lama. Dia tanya, Wartwan Mastika nak tidur sini ke?”

“Saya kata tak, Datang nak interviu saja. Dia tanya nakbuat apa? Nak buat pedoman dan iktibar dalam Mastika ke? ” tanya Samat.

Ya! Cerita ini untuk pedoman dan iktibar!

NOTA: Anak-anak Samat juga sering merakam interaksi antara orang’ tua itu dengan arwah ibu mereka. Seperti yang dialami Mastika, gambar dan video yang mereka rakam itu menunjukkan Samat berbual seorang diri. Bayangan arwah ibu mereka tidak kelihatan langsung. Kata mereka, Samat sihat. Percakapan ayah mereka itu normal. Ingatannya masih waras. Selepas seminggu mengunjungi Samat, kami menerima SMS daripada anaknya, Dr. Talib Samat yang memberitahu ada perkembangan terbaru daripada adiknya, Ashidah Samat di Felda Hulu Tebrau di Johor.

“Arwah mak saya menghubungi Mak cik Niah, isteri Pak cik Sitam, jiran kami. Roh mak saya ucap terima kasih kerana pimpin majlis tahlil untuknya. Ini menunjukkan betapa arwah mak saya dapat menghubungi orang luar keluarga saya.  Terimakasih. Dr. Talib Samat.”

sumber http://heliconia.wordpress.com/2008/06/23/pedoman-iktibar-roh-suci-isteri-berjumpa-suami-berkali-kali/

Wednesday, June 12, 2013

Sunday, June 9, 2013