Monday, 17 June 2013
Roh Isteri Jengah Suami Di Felda Hulu Tebrau | KISAH NYATA YANG BENAR | Kelmarin,
saya terbaca sebuah artikel menarik di Majalah Mastika edisi Mei 2008,
yang telah dibeli lebih sebulan yang lalu tetapi belum berkesempatan
untuk membacanya. Saya mulanya tertarik dengan tajuk kecil di kulit
Majalah berbunyi ‘Politik Malaysia dalam bahaya? ‘ lantas membelinya.
Artikel
yang paling menarik itu adalah di muka surat 26, tulisan wartawan
terkenal Mastika, saudara Shahidan Jaafar bertajuk “ Roh isteri jengah
suami di Felda Hulu Tebrau”.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Berdasarkan
maklumat dari artikel tersebut, saya membuat carian di internet ke atas
nama ‘Dr Talib Samat – UPSI’ , dan hasilnya beliau adalah Pensyarah
Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Artikel ini berkenaan arwah
ibunya yang telah meninggal dunia tetapi rohnya masih berkunjung ke
rumah keluarga mereka di kampung Felda Hulu Tebrau untuk berbual2 dengan
ayahnya. Dr Talib mengundang Mastika untuk menyiarkan kisah ini untuk
dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua.
Pada
hari Jumaat 30 November 2007, jam 12.05 tengahari, ibu kepada Dr Talib
Samat, Puan Nea Mohd Zain, 75 telah meninggal dunia dan disemadikan pada
petangnya di Tanah Perkuburan Islam Hulu Tebrau. Di sini saya petik
sebahagian isi artikel tersebut sepertimana yang diceritakan Encik Samat
Tukiman, 75, kepada wartawan Mastika.
Pakcik
Samat Tukiman, foto kecil – almarhum makcik Nea Mohd Zain ( moga2 kita
bertaubat bersungguh-sungguh demi menelusuri jejak langkah kesolehan
makcik Nea)
MALAM itu,
majlis tahlil arwah diadakan. Jiran-jiran dan saudara-mara terdekat
dijemput.Tiba-tiba ketika majlis tahlil sedang berlangsung, Samat
terpandang arwah isterinya datang dengan memakai telekung putih. Arwah
isterinya muncul dari pintu utama dan kemudian berjalan ke kelompok
jemaah wanita. Setelah itu, arwah mendekatinya. Samat melihat tubuh
isterinya tidak longlai seperti ketika dia sedang sakit dahulu. Tubuhnya
segar dan kuat.
“Saya sihat!” jelas arwah isterinya sambil memerhatikan orang yang sedang bertahlil.
Samat senyum dan mengangguk. “Ramai orang di rumah kita ni!?” tanya arwah isterinya.
“Tengah tahlil, baca doa untuk awak!” beritahu Samat.
“Baguslah! Tapi di sana lebih istimewa. Kawan-kawan pun ramai,” beritahu arwah isterinya lagi.
Arwah
isterinya itu tidak lama menghadiri majlis tahlil. Setelah muncul
beberapa minit dan berbual-bual dengan Samat, wanita itu berjalan
menerusi pintu utama dan terus ghaib. Ketika itu tiada sesiapa yang
menyedari kehadiran arwah kecuali Samat seorang. Pada malam kedua, arwah
isterinya datang lagi ketika majlis tahlil sedang berlangsung.
“Masih tahlil lagi?” tanya arwah isterinya.
“Ya. Tahlil,”jawab Samat.
Pada
malam berkenaan, itulah sahaja perkara yang ditanya arwah isterinya.
Malam-malam berikutnya, arwah isterinya datang lagi, semasa majlis
tahlil diadakan. Selepas bertanya khabar, wanita itu menghilangkan diri
semula. Namun pada malam ketujuh, arwah datang dengan membawa rombongan
kawan-kawannya seramai lebih kurang 60 orang. Setiap ceruk rumahnya
penuh dengan kawan-kawan arwah isterinya. Semua wanita yang dibawa
isterinya itu memakai telekung putih, seorang pun tidak dikenalinya.
“Macammana di sana (kubur) ?” tanya Samat.
“Lagi istimewa. Dalam kubur, ada cahaya terang benderang!”
Semasa
berbual-bual itu, arwah banyak mengingatkan supaya jangan lupa
sembahyang, bersedekah dan membuat ibadat supaya apabila meninggal dunia
kelak kuburnya dilimpahi cahaya terang-benderang. Samat juga diberi
gambaran oleh arwah keadaan di kuburnya tidaklah sunyi dan gelap seperti
disangka tetapi terang benderang seperti sebuah bandar.
“Rumah kita ni gelap sikit. Tapi sana (kubur) macam bandar, terang-benderangl”
beritahu isterinya lagi.
Rakan-rakan arwah semuanya hanya mendiamkan diri. Samat sempat bertanya arwah bagaimana corak kehidupan dalam kubur.
” Sana saya bukan makan nasi, saya makan kalimah syahadah, lailahaillah dah kenyang,” beritahu isterinya lagi.
Setelah
majlis tahlil berakhir, arwah isterinya mengajak 60 orang rakannya tadi
pulang. Tapi sebelum pulang, sekali lagi arwah isterinya berpesan
kepada Samat supaya jangan lupa bersembahyang.
“Kalau berhutang boleh dibayar tapi sembahyang, wajib kena buat,” pesan
arwah lagi.
Samat
juga pernah bertembung dengan arwah isterinya dalam sebuah kereta
ketika dalam perjalanan menghantar anaknya, Dr. Talib ke perhentian bas
di Larkin, Johor Bahru. Apabila ditanya Samat, arwah isterinya
memberitahu dia sengaja datang untuk mengetahui ke mana anak dan
suaminya hendak pergi. Arwah muncul dan sepantas kilat boleh
menghilangkan diri – lolos ketika kereta sedang laju bergerak.
Samat
juga pernah bertembung dengan isterinya ketika mereka sekeluarga sedang
minum di restoran. Roh arwah juga ada kalanya muncul untuk menolong
Samat ketika orang tua itu dalam kesusahan, mengangkat barang seperti
kerusi atau menyapu sampah.
“Pernah
arwah tolong cabutkan pokok cempaka tu!” cerita Samat. Pokok cempaka
tersebut sudah bergoyang- goyang akarnya. Tidak semena-mena arwah isteri
Samat datang membantunya mencabut pokok tersebut.
Pakcik Samat berbual dengan arwah isterinya, di sebelahnya adalah anaknya Ashidah, adik Dr Talib.
KETIKA wartawan
Shahidan Jaafar sedang berbual-bual di meja makan di dapur ( dalam
pukul 4.00 petang) dengan Samat, tiba-tiba orang tua itu memberitahu
arwah isterinya datang.
“Kenapa?,
tanya Samat. Ini wartawan Mastika, Shahidan Jaafar. Ini Talib punya
syor, Talib suruh masuk cerita awak dalam Mastika, boleh?” kata Samat
seolah-olah bertanya kepada arwah isterinya.
Kemudian Samat diam.
“Tak apa! Dia kata boleh tulis. Ceritalah” beritahu Samat seketika kemudian.
Samat menjelaskan, arwah isterinya datang bertudung biasa.
Setengah jam kemudia, sekali lagi isterinya datang, kali ini duduk di atas kusyen pula.
“Awak nampak? Nampak ya? Inilah wartawan Mastika tu!” kata Samat
“Tadi
dia beritahu saya, dia nampak wartawan Mastika. Dia kata, baguslah
cerita perkara-perkara lama. Dia tanya, Wartwan Mastika nak tidur sini
ke?”
“Saya kata tak, Datang nak interviu saja. Dia tanya nakbuat apa? Nak buat pedoman dan iktibar dalam Mastika ke? ” tanya Samat.
Ya! Cerita ini untuk pedoman dan iktibar!
NOTA:
Anak-anak Samat juga sering merakam interaksi antara orang’ tua itu
dengan arwah ibu mereka. Seperti yang dialami Mastika, gambar dan video
yang mereka rakam itu menunjukkan Samat berbual seorang diri. Bayangan
arwah ibu mereka tidak kelihatan langsung. Kata mereka, Samat sihat.
Percakapan ayah mereka itu normal. Ingatannya masih waras. Selepas
seminggu mengunjungi Samat, kami menerima SMS daripada anaknya, Dr.
Talib Samat yang memberitahu ada perkembangan terbaru daripada adiknya,
Ashidah Samat di Felda Hulu Tebrau di Johor.
“Arwah
mak saya menghubungi Mak cik Niah, isteri Pak cik Sitam, jiran kami.
Roh mak saya ucap terima kasih kerana pimpin majlis tahlil untuknya. Ini
menunjukkan betapa arwah mak saya dapat menghubungi orang luar keluarga
saya. Terimakasih. Dr. Talib Samat.”
sumber http://heliconia.wordpress.com/2008/06/23/pedoman-iktibar-roh-suci-isteri-berjumpa-suami-berkali-kali/