Monday, February 4, 2013

Khasiat daun cermai dan buanya - Cermai (Phyllanthus acidus) merupakan jenis buah-buahan yang biasanya dimakan langsung bersama dengan garam atau pun kicap, dan juga dibuat manisan atau aluo (bahasa jawa) 

Pokok cermai memiliki tinggi 3-9 meter, daun nya berbentuk bujur telur, tersusun dengan rapi dang selang-seli, pada ranting kecil dan akan terlihat seperti daun majemuk, pujuk dan mudanya berwarna hijau ke kuning-kuningan bercampur dengan sedikit warna merah. 

Untuk buahnya berbentuk bulat berlekuk-lekuk, dengan warna kuning warna isinya putih dan rasanya masam atau kecut. Khasiat daun cermai sangat banyak, seperti mengandung air, saponin, karbohidrad, flavonoida, polifenol, tanin, lemak dan serat. 

Sedangkan untuk buahnya mengandung serat, vitamin C dan mineral. menurut penelitian memakan pucuk daun cermai dapat mengatasi berbagai masalah kesehatan seperti penawar racun gigitan serangga, lumbago, marawat kulit, sengal-sengal, tekanan darah tinggi dan kangker, sedangkan khasiat buah cermai mampu mengatasi sembelit.

 Selain dari itu khasiat daun cermai yang paling populer adalah mampu melangsingkan tubuh, khasiat laksatif yang terkandung dalam daun cermai mampu memperlancar buang air besar, sponin dan tanin yang banyak dikandung daun cermai juga dapat menyerap glukosa dan kolestrol didalam dinding usus. Untuk khasiat daun cermai melangsingkan tubuh dapat diolah dengan cara : 

Siapkan daun cermai yang masih segar kita-kira satu genggam Cuci sampai bersih Rebus daun cermai tersebut dengan volume air tiga gelas hingga airnya berkurang menjadi dua gelas Biarkan sampai dingin Saring ambil airnya Minum air ramuan tersebut dua kali sehari pagi dan petang

RAHSIA MIMPI YANG BURUK


MIMPI TANG TIDAK BAIK KITAB RAHASIA SUFI Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Terjemahan Abdul Majid Hj Khatib Ditahkik dan di tulis semula oleh Syed Ahmad Semait Ada juga mimpi akibat perangai yang tidak baik. 

Mimpi seperti ini menunjukkan sifat ego, jahat atau menunjukkan kesedaran tentang kesalahan atau dosa diri, tetapi ia tidak mampu menghentikan atau mengelakkan dosa dan kesalahan itu. Kadang-kadang Allah mengingatkan seseorang itu tentang dosa dan kesalahannya dengan mimpi melihat binatang buas seperti harimau, singa, serigala, beruang, anjing, babi, ular, lipan kala dan sebagainya. 

Misalnya harimau melambangkan sifat megah, sombong dan takabur yang melampau hingga melawan Allah swt. Firman Allah: ‘Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan di bukakan bagi mereka pintu langit dan tidak pula mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.’ -surah Al-A’raf ayat 40. 

 Demikian juga mereka yang membuat kezaliman kepada orang lain, akan mendapat balasannya yang adil dan saksama. Singa melambangkan sifat terlampau ego dan bangga diri. Beruang melambangkan sifat marah dan zalim terhadap orang-orang di bawah kawalannya. Serigala melambangkan tamak haloba, tidak kira halal haram, bersih atau kotor. 

Anjing melambangkan sifat rakus, cemburu, dengki, dendam kesumat dan nafsu ammarah dan serakah. Musang melambangkan sifat suka menipu dalam urusan dunia. Arnab melambangkan kelakuan yang sama tetapi di lakukan secara tidak disedari dan tidak disengajakan. Harimau bintang melambangkan usaha yang di buat secara tidak munasabah.

 Kucing melambangkan sifat kebakhilan atau kedekut dan penipuan. Ular melambangkan putar belit (penipuan), suka mengata-ngata orang, suka membuat tuduhan palsu dan menzalimi orang lain. Kala melambangkan kritikan yang negatif dan gemar mempermain-mainkan dan memperolok-olokkan orang lain. Tabuan melambangkan bahasa dan kata-kata yang menyakitkan hati. 

 Jika seseorang itu bermimpi kalah berlawan dengan binatang-binatang tersebut, maka ia perlu memperkuatkan dirinya dengan lebih banyak beribadat dan berzikir, sehinggalah ia boleh mengalahkan binatang-binatang itu dengan sekali pukul saja. Jika seseorang itu bermimpi membunuh binatang-binatang itu, maka ini menunjukkan bahawa ia telah berhenti membuat dosa atau menyakiti orang lain. Firman Allah: ‘……. 

Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.’ - surah Muhammad ayat 2. Jika seseorang itu bermimpi melihat binatang-binatang itu menjadi manusia, maka itu menunjukkan dosa dan kesalahannya yang lalu telah di hapuskan atau di ampunkan dan ia menjadi orang baik, taubatnya di terima oleh Allah kerana tanda yang benar taubat itu di terima ialah ia tidak lagi sanggup membuat kesalahan dan dosa yang sama. Firman Allah: 

‘Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka kejahatan mereka di ganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ -Surah Al-Furqan ayat 70. 

Apabila seseorang itu telah selamat dari dosa dan noda, maka janganlah ia lalai lagi kerana nafsu dan egonya akan kuat semula sekiranya ia mengingat kembali zaman lamanya. Keadaan jiwa yang damai tenteram mudah hilang dan jadi resah gelisah. 

 Tujuan Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya jangan menghampiri yang haram ialah untuk menjadikan hamba itu waspada sentiasa dan berkekalan dalam kebaikan dan kebajikan.

UBAT BAWASIR

PETUA MENGATASI BAWASIR BOLEHCUBA ! Ubat Buasir Komen anda » PETUA MENGUBATI BUASIR oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik Bagi mereka yang mengalami sakit buasir, memang sangat menyeksakan ketika membuang air besar lebih-lebih lagi ditambah dengan sembelit.

 Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cara pengubatan traditional bagi mengatasinya. Mungkin ada yang telah tahu petua ini. Petua ini di perolehi daripada ibu mertua saya dan saya sendiri pernah mencubanya. Petuanya adalah jika anda mengalami sakit buasir, dan segan mahu beli ubat di kedai atau berjumpa doktor, 

 Bolehlah mencuba memakan daun pucuk ubi dari jenis yang berbatang hijau/putih daunnya, (bukan dari jenis yang berbatang merah daunnya). Petik daun/pucuk ubi tersebut dan basuh bersih kemudian anda rebus dengan air putih sehingga menggelegak masak. kemudian bolehlah dibuat ulam ketika makan sehingga anda sembuh. disamping itu juga elakkan memakan jenis masakan yang pedas bercili.

 Dalam kes saya sendiri dulu lebih kurang seminggu mengamalkan memakan pucuk/daun ubi tersebut alhamdulillah sembuh. Kesembuhannya perlahan tetapi ia akan semakin baik, insyaallah berhasil untuk anda juga yang ada penyakit ini

PETUA KECANTIKAN

22 PETUAK UNTUK KECANTIKAN WAJAH,KULIT, GIGI DAN SEBAGAINYA

21 Petua mencantikkan wajah

PETUA KECANTIKAN WAJAH
Caranya adalah seperti berikut:
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK
masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA

Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda