Monday, February 4, 2013

UBAT BAWASIR

PETUA MENGATASI BAWASIR BOLEHCUBA ! Ubat Buasir Komen anda » PETUA MENGUBATI BUASIR oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik Bagi mereka yang mengalami sakit buasir, memang sangat menyeksakan ketika membuang air besar lebih-lebih lagi ditambah dengan sembelit.

 Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cara pengubatan traditional bagi mengatasinya. Mungkin ada yang telah tahu petua ini. Petua ini di perolehi daripada ibu mertua saya dan saya sendiri pernah mencubanya. Petuanya adalah jika anda mengalami sakit buasir, dan segan mahu beli ubat di kedai atau berjumpa doktor, 

 Bolehlah mencuba memakan daun pucuk ubi dari jenis yang berbatang hijau/putih daunnya, (bukan dari jenis yang berbatang merah daunnya). Petik daun/pucuk ubi tersebut dan basuh bersih kemudian anda rebus dengan air putih sehingga menggelegak masak. kemudian bolehlah dibuat ulam ketika makan sehingga anda sembuh. disamping itu juga elakkan memakan jenis masakan yang pedas bercili.

 Dalam kes saya sendiri dulu lebih kurang seminggu mengamalkan memakan pucuk/daun ubi tersebut alhamdulillah sembuh. Kesembuhannya perlahan tetapi ia akan semakin baik, insyaallah berhasil untuk anda juga yang ada penyakit ini

No comments:

Post a Comment