Mari kita lihat di antara gsmbar terawal penggambaran dalam hutan Borneo
Sunday, March 31, 2013
Friday, March 29, 2013
KATA -KATA BERHARGA SANG PENDITA
Saturday, March 23, 2013
KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG SYAHID
KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID(SYUHADA')
Published :
Monday, February 09, 2009
Posted by :
Yusof Embong (UYE)
Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi saw yang memberitahu tentang kelebihan orang yang mati syahid.
"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN=169-171
"dan
janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam
perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu
orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu
tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154
RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488
Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perang Uhud
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3518
AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM AKAN DIBUNUH !
Add caption |
Abdul Samad Gul mati dibunuh.
Prof Zulkifli Muhammad didakwa dibunuh.
Anwar Ibrahim bakal dibunuh?
Siapa yang bunuh Abdul samad Gul?
Siapa yang didakwa membunuh Prof Zulkifli Muhammad?
siapa yang bakal membunuh Anwar Ibrahim?
BERLAKU KEMATIAN MISTERI KE ATAS PARA PEJUANG BANGSA DALAM USIA YANG MUDA! AMINUDDIN BAQI KEMBALI SECARA MENGEJUT! BEGITU JUGA DENGAN UNGKU OMAR.
USTAZ IBRAHIM LIBYA DIBUNUH SECARA KEJAM DAN DIFITNAH BUGHAH -PENDERHANA SEDANGKAN GEROMBOLAN TENTERA PEMERINTAH YANG MENYERANGNYA DENGAN SENJATA API CANGGIH DAN KERETA KEBAL.USTAZ IBRAHIM TIDAK MENYERANG PUN BELIAU BERLINDUNG DI DALAM RUMAH DAN DITEMBAK TANPA MELAWAN MEMPERTAHAN KEYAKINAN BAHAWA NEGARA TIDAK DIURUS TADBIR SECARA ISLAM KERANA HUKUM ALLAH KE ATAS UMAT DAN NEGARA YANG DIISYTIHARKAN ISLAM TIDAK PUN BERJALAN!
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154
Akal
ke semua pemimpin - pemimpin UMNO sudah buntu , menjadi pendek dan
kurang siuman. Semua projek untuk memusnahkan DSAI dengan pelbagai
tindakan sejak dari dulu hingga kini menemui kegagalan. Imejnya yang
cuba dirosakkan tidak menjadi.
Percubaan membunuhnya dalam penjara juga
gagal.
Tindakan
mensabotaj Helikopter ketika permulaan dan kemuncak pertentangannya
dengan Mahathir lewat 90-an , masih di selamatkan Allah swt dan pelbagai
lagi.Agen asing: Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat
Oleh Dzulfikar Mashoor :
KUALA LUMPUR, 15 Jula: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.
"Saya
tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya
yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut
leher Anwar."Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak
buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja,"
ujar beliau petang tadi
pada satu wawancara di lobi Parlimen.
Sebelum
pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya
sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan
kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.Katanya lagi,
Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai
pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.
Bertitik
tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang
berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.Selepas dibebaskan, beliau
berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa
peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar
menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.
Menuduh
Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup
lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah
terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.Dalam pada itu, beliau
mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan
karektor' ke atas Anwar.
"12
tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar
itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.Menurut beliau,
'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan
Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.
"Serangan
yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir
tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Dari
segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin
tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan."Di sebalik
mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia
(di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya
Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno./harakahdaily
Monday, March 18, 2013
MUSLIM DI FILIPINA
ISLAM DI FILIFINA ADALAH SEBUAH KERAJAAN YANG BERDAULAT SEBELUM PENJAJAHAN SEPANYOL.KEMUDIAN DIGANTIKAN OLEH AS. PENJAJAH KRISTIAN HADIR UNTUK BUKAN SAHAJA MENYEKAT MALAHAN MEMUSNAHKAN ISLAM DI NUSANTARA, LANJUTAN DARIPADA PERANG SALIB DI TIMUR TENGAH.
AKIBAT PENJAJAHAN SEBAHAGIAN RAKYAT PERIBUMI DIKRISTIANKAN SECARA PAKSA.MENERUSI PERKAHWINAN CAMPUR MEREKA MEMBINA BANGSA BARU "FILIPINA".SEMUA PENENTANGAN TERHADAP KERAJAAN DITUMPASKAN SEBAGAI PENGGANAS. MUSLIM DITANGGALKAN HAK DI DALAM TANAH AIR MEREKA SENDIRI.
MEREKA DIBURU DAN DIBUNUH WALAU DI MANA SAJA. INILAH YANG DILAKUKAN DISELURUH DUNIA APABILA PENJAJAHAN KULIT PUTIH HADIR DI MANA-MANA .MEREKA INGIN MEMBINA SYURGA KEHIDUPANUNTUK MEREKA SAJA.
MEREKA SAJA MANUSIA YANG LAIN TIDAK DAN LAYAK DILAYAN SEBAGAI HAIWAN ! INILAH TATA BARU DUNIA BIKINAN PENJAJAH.WAJARKAH KITA MELAWAN DAN BAAGIMANA CARANYA. JUIKA MELAWAN SECARA MELULU KITA AKAN MENJADI MANGSA.INGAT PESAN SAIDINA ALI :
KEPALSUAN AKAN MENGALAHKAN KEBENARAN APABILA DIRANCANG DENGAN TELLTI
BATIN SIDIN PULAU CAREY -TEMA I MALAYSIA TAK BERGUNA !
TEMA I MALAYSIA HAK ORANG ASLI MESTI DIKEMBALIKAN !
Kisah sedih masyarakat Mahmeri di Pulau Carey , Kuala Langat Selangor.Pulau Carey atau nama asalnya Teluk Gonjeng .Di situ mereka mencari bahan-bahan hutan.Kini bahan-bahan itu pupus.Rotan, nibung amat kurang.Hasil daripada hutan paya bakau seperti ikan , ketam, siput pun tiada.

Malahan hendak makan monyet pun tidak ada. Dulu kawasan ini ialah tempat rayau orang asli. Orang asli hendak makan apa ? Masalah hak-hak oranga asli macam mana ? Masalah hak oranga sli dipertikaikan dan diketepikan.
Sebelum orang luar sampai orang asli sudah ada.Hari ini orang asli seperti menumpang dipenuhi penempatan orang memiliki ladang. Saya Batin Sidin akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak tersebut semula.
Tuesday, March 12, 2013
PERTENTANGAN DI ANTARA KAUM TUA DAN MUDA DI TANAH MELAYU
PERTENTANGAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA SANGAT SENGIT DI TANAH MELAYU
Kaum Tua di Nusantara, samada ulama silam di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat diperlukan di antara satu sama lain. Oleh itu, Kaum Tua [ulama’ Islam] bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja.
Dari sudut akidah, Kaum Tua menjadikan garisan akidah dua tokoh Imam Besar sebagai pegangan. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari[1](260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi[2] (wafat 333 H/944 M) yang mana kedua akidah tokoh ini diiktiraf oleh Rasulullah Shollahu alaihi wasallam.
Dari sudut fiqh pula, Kaum Tua menjadikan empat orang Ulama Besar sebagai rujukan iaitu : Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Manakala dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M. Berhubung dalam permasalahan fiqh di Nusantara, kebanyakan Ulama-Ulama Nusantara memilih Mazhab Syafie sebagai rujukan utama.
Mencari keberkatan adalah misi utama bagi Kaum Tua ini di Nusantara. Kebanyakan mereka mengelakkan diri supaya tidak menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Mereka amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.
Antara Kaum Tua yang lahir hasil dari didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah ;
1. Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin. 2. Ramai lagi..
Melalui pemikiran islah dan pembaharuan, mereka menagih simpati dan pengaruh masyarakat supaya membebaskan diri daripada terpengaruh dengan Kaum Tua. Islah dan tajdid yang dianjurkan oleh Kaum Muda dan dilaungkan ke sana ke sini sebenarnya bukan bererti memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan sebagaimana yang diwar-warkan sebaliknya ianya adalah suatu seruan dan ajakan kepada orang ramai supaya memperbaharui agama mereka dengan mengamalkan Islam mengikut acuan pemikiran Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab. Bertitik-tolak dari sinilah Kaum Muda tanpa malu dan segan mewar-warkan usaha-usaha atas nama pengislahan.
Gerakan tajdid yang telah disalah-ertikan oleh Kaum Muda ini berkait rapat sekali dengan usaha mereka dalam melakukan ijtihad yang membabi-buta. Tajdid anjuran mereka ini mendokong konsep logik akal semata-mata, mereka cuba memberanikan diri melakukan ijtihad tanpa mengetahui perkara tersebut zanniyyah ataupun qat’iyyah, oleh kerana itulah kita melihat Ibn Taimiyah itu sendiri [bapak kepada Kaum Muda] seringkali melampaui batasan ini sehingga berani memberikan pandangan yang berupa ijtihad lantas bercanggah dengan nas-nas yang sudah qath-I seperti dia mengatakan ;
Perkembangan aliran bercelaru ini terus membiak dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M).
Menurut sesetengah pendapat, pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa penuntut Melayu yang belajar di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.
Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai Kaum Muda ialah Muhammad Tahir Jalaluddin (1869M-1956M), Muhammad Salim al-Kalali, Syed al-Hadi (1867M-1934M), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906M-1908M) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Burhanuddin al-Hilmi, Abbas Taha dan Za’ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda ini.
Bagaimanapun segala usaha merka ini terhenti disebabkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras terhadap pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu. Akan tetapi, semenjak kepulangan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir, pengajian tafsir dan akidah mujassimah yang selama ini diperjuangkan oleh Kaum Muda boleh dikatakan kembali berkembang aktif walaupun pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, tokoh baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan pemikiran Kaum Muda ialah Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh. Dia adalah di antara yang banyak menterjemahkan kitab-kitab tokoh-tokoh Kaum Muda seperti kitab karangan Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ibn Taymiyah, Al-Albaany dan banyak lagi.
Di bawah ini akan dibentangkan beberapa tokoh yang mendokongi ajaran Kaum Muda ini di Nusantara.
Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowasatra yang terletak di Pulau Pinang sehingga darjah lima, kemudian melanjutkan pelajaran ke Anglo Chinese School Pulau Pinang. Dorongan peribadi dan minat untuk menguasai Bahasa Arab telah menyebabkan dia beralih ke bidang Bahasa Arab lalu melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama al-Masyhur, Pulau Pinang.[5] Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar selama tujuh tahun bermula dari tahun 1925 hingga 1932. dia telah berjaya memperolehi Ijazah Undang-undang Islam dari Universiti al-Azhar.
Sekembalinya dari Mesir, dia mengambil keputusan untuk ke Balik Pulau Pinang dengan hasrat murni untuk mencurahkan bakti di situ. Walaubagaimanapun fahaman dan pandangan pelik yang dibawa olehnya tidak diterima oleh masyarakat setempat menyebabkan terpaksa berhijrah ke Kedah.
Oleh kerana tidak tahan dengan tentangan daripada penduduk setempat dan ulama’-ulama’ setempat ketika itu, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri Kedah. Malangnya, masyarakat di Kedah juga menolak beliau. Untuk meneruskan kehidupan, beliau berniaga kecil-kecilan di Pekan Alor. Di antara barangan yang dijual ialah seperti selipar, kasut kayu serta barang-barang aksesori rumah dan lain-lain. Ia berlanjutan sehinggalah akhirnya dia telah kembali ke Perlis mencari kerja sebagai tenaga pengajar di sana.
Di Perlis, dia telah berkhidmat sebagai guru agama di Madrasah Alawiyyah, Arau. Kemudian dia ditukarkan sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perlis (Masjid Alwi). Sepanjang bertugas sebagai imam, khutbah Jumaat yang disampaikan olehnya adalah karangan buatan sendiri dan banyak menyentuh isu-isu semasa.
Khutbah-khutbah ini telah dijilid dan dinamakan dengan Khutbah al-‘Asriyyah. Dia telah menghasilkan beberapa buku-buku untuk menyampaikan fikrah dan maklumat semasa yang mengelirukan. Di antara karya-karya Abu Bakar ialah Kebebasan Berfikir Dalam Islam, Pergerakan Kaum Wanita Di Alam Islami, Ibadat Rasulullah, Sejarah Anbiya’, Jawahir al-Bukhari, Sembahyang Rasulullah, Pedoman Ibadah Puasa, Risalah Zakat dan Fitrah Negeri Perlis, Kitab Pedoman Ibadah Puasa Perlis, Punca Penerangan Akal, al-Khutbah al-‘Asriyyah, Khutbah-khutbah Moden, Soal Jawab Agama, Media Dakwah Indonesia, dan al-Muslimun.[6]
Tafsiran fiqh yang dikemukakan oleh Abu Bakar al-Asha‘ari direka dengan cara lebih ringkas dan menggunakan teknik yang mudah. Baginya persoalan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah perlu disandarkan kepada dua sumber utama Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja tanpa ada syarahan panjang lebar daripada ulama’ yang muktabar. Justeru kayu ukur dalam menyelesaikan persoalan fiqh baginya adalah al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi tanpa mengambil pedoman kitab-kitab ulama’ terdahulu. Ini amat jelas sekali apabila dilihat dalam buku-buku yang dihasilkannya sebagai contoh buku Kaifiat Solat. Menurutnya, amalan solat yang betul ialah pelaksanaannya yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang sohih sahaja.[7] Manakala di dalam kitabnya ; Ibadah Rasulullah, dia menegaskan bahawa amalan-amalan solat Rasulullah yang diambil menurut riwayat-riwayat yang sohih sahaja, manakala riwayat-riwayat yang dha‘if ditolak sama sekali walaupun dalam urusan fada’il al-’a‘mal [kelebihan beramal].[8]
Abu Bakar Al-Ashaari banyak memberi pendapat yang pelik-pelik semasa hayatnya antaranya ialah pada lafaz “wa bihamdih” di dalam rukuk dan sujud adalah amalan bid’ah, Solat sunat selepas azan Jumaat yang pertama juga dianggap bid‘ah oleh Abu Bakar al-Ashaari dan rakan-rakannya. Pendapat ini ditentang oleh Syeikh Haji Abu Bakar bin Hj Hasan daripada Muar yang merupakan Kaum Tua pada masa itu, selain itu juga dia mempertikaikan bacaan “usholli ” sebelum mengangkat takbiratul ihram. Pegangannya yang kuat pada aliran Kaum Muda lebih menonjol lagi apabila dia berpandangan bacaan tahiyyat yang terdapat ucapan selawat kepada Nabi yang ditambah dengan lafaz Sayyidina adalah bid‘ah. Pada tanggapan Abu Bakar Al-Ashaari, kononnya amalan bid‘ah yang tersebar dalam masyarakat melalui ibadah solat ini perlu diperangi habis-habisan kerana ia boleh merosakkan akidah, ibadah dan seterusnya membawa kepada kekufuran.[9]
Dia mengutamakan ijtihad dan menolak sekeras-kerasnya taqlid kepada mana-mana mazhab fiqh walaupun mazhab itu adalah mazhab Ahlus Sunnah wa al-Jama‘ah seperti mazhab Syafi‘i yang menjadi ikutan ramai umat Islam di Malaysia, atau mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali.[10]
Aliran pemikiran yang dibawa oleh Abu Bakar Al-Ashaari ketika itu digelar sebagai ‘ajaran baru’ selain terkenal dengan aliran Kaum Muda ke dalam masyarakat Islam di Perlis.[11] Tentangan yang bertubi-tubi daripada masyarakat Islam dan Kaum Tua membimbangkan dirinya, ini mendorong Abu Bakar Al-Ashaari mengarang beberapa buah buku berunsur agama sebagai cara untuk membela diri dan memberi penerangan lebih lanjut kepada pengikutnya supaya tidak melarikan diri. Karyanya yang menjadi terkenal apabila terbitnya salah sebuah daripada buku beliau yang bertajuk Ibadah Rasulullah yang dicetak pada tahun 1956. Kitab ini seterusnya membawa huru-hara dalam masyarakat dan hampir keseluruhan ulama’-ulama’ Nusantara menentang pandangan-pandangan beliau yang terdapat di dalam buku tersebut. Kontroversi ini berpunca daripada pendapatnya yang mengatakan bahawa binatang yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Qur’an seperti biawak, katak, mengkarung dan lain-lain halal dimakan.
Keberanian Abu Bakar Al-Ashaari mengeluarkan kenyataan tersebut telah menyebabkan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanahair menjadi pentas forum utama di antara Abu Bakar Al-Ashaari dan alim ulama termasuk di kalangan mufti sendiri yang menentangnya. Namun begitu Abu Bakar tetap dengan pendiriannya. Dia telah mencabar pihak yang berkenaan supaya mendatangkan dalil daripada al-Qur’an atau al-Hadith bagi membuktikan pendapat yang dikeluarkannya itu salah. Cabaran ini telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian 29 Rejab 1377H yang bertajuk: “Perkara Kitab: Pengarangnya Mencabar Ditunjukkan Dalil”.
Selain daripada itu, sebagai maklumbalas untuk menyambut cabaran tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah menyatakan pendirian mereka untuk mengadakan satu perdebatan terbuka bagi membahaskan perkara yang diutarakan di dalam buku tersebut. Walaubagaimanapun, Abu Bakar Al-Ashaari melalui Berita Harian bertarikh 30 Rabiul Awal 1377 H telah menolak perdebatan tersebut dengan alasan “tidak ada faedah yang dapat diharapkan dari perbahasan mengenai masalah ijtihadiyyah”.
Kenyataan ini Abu Bakar Al-Ashaari telah mencetuskan suatu perbahasan yang sengit terutama di kalangan ulama’- ulama yang bermazhab Syafi‘e yang secara jelas mengharamkannya. Implikasi daripada itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Sembilan telah mencabar Abu Bakar Al-Ashaari untuk berdebat. Jika tidak, beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-raja Melayu agar diambil tindakan ke atas Abu Bakar Al-Ashaari dengan sekurang-kurangnya mengharamkan buku tersebut. Ketika dia diminta memberi komen tentang hal itu telah menyatakan : “kalau tindakan itu diambil, maka itu adalah sesuatu yang amat bodoh”. Kata-kata tersebut disiarkan dalam Berita Harian 30 Rejab 1377H.
Setelah perbahasan mengenai perkara ini berlarutan melalui majalah dan akhbar dan tidak ada kata putus untuk mengadakan perdebatan, maka akhirnya buku tersebut telah diharamkan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, termasuklah negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan lainnya.
Pada hari Isnin, tanggal 6 April 1970M pada pukul 6.00 pagi bersamaan 30 Muharram 1390 H,13 Abu Bakar Al-Ashaari telah mati ketika usianya 65 tahun. Jenazah Abu Bakar Al-Ashaari telah dibawa pulang dari Port Dickson ke Perlis oleh anak-anaknya dan tiba di rumahnya di Jalan Pegawai, Kangar lebih kurang jam 11 malam untuk dikebumikan.
PAS MENGAKUI BAHAWA BURHANUDIN HELMI TERGOLONG DARIPADA KAUM MUDA [WAHHABI].
Walaupun
tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh
Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah
seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada
Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan,
sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.
Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik beliau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhakni telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965 beberapa kali mewakili umat Islam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua.
Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kebanyakannya menjadi pendokong perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 Ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.
Haji Wan Musa adalah adalah antara tokoh pendokong Kaum Muda. Apa yang aneh Haji Wan Musa adalah seorang yang sangat berpegang teguh dan beramal dengan Tarekat Ahmadiyah. Inilah yang menyebabkan masyarakat awam di Kelantan keliru kerana Kaum Muda [wahhabi] kebiasaannya menentang keras amalan tarekat.
Sikap Haji Wan Musa yang keras serta pandangan-pandangannya yang cenderung kepada fahaman pembaharuan (reformasi) telah menyeret dia ke dalam kancah pertelagahan pendapat dan penentangan terhadap tokoh-tokoh Kaum Tua. Antara isu-isu kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat dia ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, tentang melafazkan Usholli persoalan muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, talfiq mazhab, hukum jilatan anjing, jualan harta wakaf dan lain-lain. Dia menyangkakan bahawa pendapat-pendapat-pendapat yang pernah dikemukakannya sahaja yang benar padahal ianya tidak pernah mendapat sambutan daripada Kaum Tua [Ahlus-Sunah Wal-Jama’ah], Dia kemudiannya memilih meletak jawatan Mufti pada akhir Jun 1916.
Selepas meletak jawatan dia mengajar di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu. Di bawah bimbingannya, lahirlah sejumlah tokoh progresif di Kelantan. Antaranya termasuklah :
Apabila ajaran Haji Wan Musa diketahui oleh Ulama’-ulama’, dia ditentang oleh hampir keseluruhan ulama Kelantan termasuk Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani yang ketika itu sebagai Syeikh al-Islam Selangor. Sanggahan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani terhadap Haji Wan Musa diabadikan dalam kitab Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar (selesai ditulis pada 17 Muharam 1339H/30 September 1920M).
KAUM MUDA DAN KAUM TUA ; KHILAFIYAH ATAU USHULIYAH?
- PENDAHULUAN
Polemik di antara Kaum Muda dan Kaum Tua adalah
suatu tajuk sensitif dalam Masyarakat Islam di Nusantara. Perbahasan
mengenai kedua-dua aliran ini memerlukan kajian terperinci tanpa menaruh
sebarang rasa ketaasuban atau sikap FANATIK. Apabila dikaji penulisan
yang tersebar di dalam internet kebanyakannya amat mengecewakan penulis.
Ternyata penulisan tentang kaum muda dan Kaum Tua kebanyakannya diubah
dan diolah mengikut cita rasa mereka sendiri tanpa memandang kiri dan
kanan. Sehingga ada di antara mereka yang tanpa segan silu berani
mengatakan Tok Kenali sebagai Kaum Muda [wahhabi] tetapi apabila
meneliti hujah yang dibentangkan ternyata jauh tersasar dari apa yang
didakwa. Tetapi ini tidak menjadi sesuatu yang aneh bagi penulis kerana
golongan Al-Wahhabiyah terlebih dahulu bersiap sedia menyebarkan jawapan
yang berupa fitnah ini supaya meracuni minda pembaca-pembaca
terutamanya di kalangan pemuda dan pemudi yang diharapkan meneruskan
perjuangan mereka.
- MENGENALI KAUM TUA [ASYA’IROH DAN MATURIDIYAH]
Secara
umumnya, Kaum Tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama muktabar
tradisional yang alim, berpengetahuan luas, mempunyai keahlian dalam
selok belok agama, menjaga amanah ilmiyah, berpegang kepada pengajian
bertalaqqi secara bersanad yang diwarisi daripada Rasulullah, sahabat,
para tabien, tabi’ tabieen sehinggalah sampai ke tanah melayu kita.
Selain itu juga mereka dikaitkan dengan kitab kuning [lama] kerana
mementingkan keaslian sumber yang dipakai betul-betul daripada Ulama’
Islam terdahulu, tidak diubah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum
Muda [wahhabi]. Sesuai dengan konsep bertalaqqi, ulama’-ulama’ ini
sebagaimana biasanya melihat sirah atau masa lampau [salaf] sebagai
sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan.
Kaum Tua di Nusantara, samada ulama silam di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat diperlukan di antara satu sama lain. Oleh itu, Kaum Tua [ulama’ Islam] bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja.
Dari sudut akidah, Kaum Tua menjadikan garisan akidah dua tokoh Imam Besar sebagai pegangan. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari[1](260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi[2] (wafat 333 H/944 M) yang mana kedua akidah tokoh ini diiktiraf oleh Rasulullah Shollahu alaihi wasallam.
Dari sudut fiqh pula, Kaum Tua menjadikan empat orang Ulama Besar sebagai rujukan iaitu : Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Manakala dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M. Berhubung dalam permasalahan fiqh di Nusantara, kebanyakan Ulama-Ulama Nusantara memilih Mazhab Syafie sebagai rujukan utama.
Mencari keberkatan adalah misi utama bagi Kaum Tua ini di Nusantara. Kebanyakan mereka mengelakkan diri supaya tidak menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Mereka amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.
Antara Kaum Tua yang lahir hasil dari didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah ;
- MALAYSIA
- Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang)
- Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher
- Sheikh Abdul Halim
- Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak)
- Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan
- Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab karangannya ; Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai Hadis) juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah).
- Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.
- Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman)
- Khatib Kelantan.
- Tuan Guru Hj Awang Fakir.
- Tuan Guru Hj Yahya Kupang.
- Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)
- Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)
- Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulau Ubi),
- Tok Padang Jelapang,
- Tok Bachok, (Kelantan)
- Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid)
- Tok Seridik.
- Tok Kemuning (di Pulau Kundor),
- Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan
- Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan)
- Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani
- Hj. Omar Sg. Keladi,
- Pak Chik Musa,
- Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz
- Tok Pulai Condong
- Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
- Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
- Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
- Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
- Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani
- Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang
- Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)
- Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu)
- Wan Abdullah Tuan Tabal
- Tok Syafie Kedah
- Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan)
- Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim.
- Tuan Guru Baba Hamid
- Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir.
- Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
- Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di Kulim, Kelantan.
- Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah
- Dan Ramai Lagi
- PATANI (THAILAND)
- Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
- Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani
- Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani
- Sheikh Abdur Rahman Gudang (murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani)Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.
- Sheikh Abdul Mubin al-Fathani
- Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani 'Tok Lubuk'.
- Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Tok Bukit Bayas.
- Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani
- Sheikh Muhammad Nur al-Fathani (seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya)
- Pak Chik Wan daud Pattani
- Syeikh Abdullah Bin Abdul Mubin Al-Fatani
- Tok Cha-ok @ Hj. Abdullah bin Mohd Akib.
- Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)
- Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba). Beliau adalah murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
- Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani
- Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani
- Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani,
- Sheikh Ismail / Pak De 'El bin Abdul Qadir al-Fathani,
- Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani.
- BRUNEI DARUSSALAM
1. Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin. 2. Ramai lagi..
- INDONESIA
- Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni.
- Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
- Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
- Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
- Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
- Sheikh Muhammad Sa'id
- Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
- Kiai Haji Muhammad Shalih al-Fathani (pegawai tinggi di Departmen Agama Republik Indonesia)
- Teungku Daud Beureueh (1896-10 Juni 1987) . Beliau termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu.
- Sheikh Nuruddin ar-Raniri
- Sheikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor,
- Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili
- Sheikh Abdul Haq.
- Syeikh Jalaluddin Al-Asyi.
- Syeikh KH. Muhammad Ihsan al-Jembasi dari Jampes Kediri Jawa timur.
- Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), Penubuh Nahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur
- Syeikh KH. Ali Maksum(W 1989 R), antara Penubuh ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah
- Syeikh KH Abu al-Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur (seorang wali yang terkenal di indonesia).
- Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah.
- Syiekh KH. Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R).
- Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB.
- Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat.
- Al Habib Syiekh al-Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az-Ziyadah Klender Jakarta Timur.
- Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000.
- Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat.
- Syiekh Abdullah Tha'ah Indunisi
- Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau.
- Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi.
- Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut.
- Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama Daerah Kubu-Riau, Sumatera. Salah seorang ulama yang sangat berkarisma dan terkenal di daerah tersebut.
- Kiyai Muhyiddin Fattah, Ketua Pengurus Besar Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
- Kiyai Choirul Ansori, Ketua Dewan Pengurus Syuriah Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
- Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003).
- Syeikh K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah.
- Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur.
- Kiyai Hj. Mastuqi Mahfudz Malang, Jawa Timur ( Menentang Kaum Muda di Indonesia)
- Ustadz Khoiruddin Wonokusumo Surabaya, Jawa Timur.
Cara
pengajian yang dianjurkan oleh Kaum Tua yang mementingkan sistem
bertalaqqi, menimba ilmu dengan guru yang betul-betul tsiqah, dan secara
pengambilannya bersanad kepada Rasulullah adalah suatu manhaj yang
jelas di samping dapat menjaga kemurnian akidah dan ilmu-ilmu cabangan
daripada pengubahsuaian, pembaharuan Agama Islam kepada ajaran yang
menyeleweng, ijtihad yang membabi-buta tanpa ada keahlian dan kelayakan,
menshahihkan dan mendhaifkan hadis tanpa panduan dan keahlian,
mencampur-adukkan agama Islam dengan ajaran mujassimah, dan membuka
ruang dan pintu kemurtadan di kalangan muda-mudi. Oleh kerana mereka
mengetahui ilmu pengetahuan mereka kurang berbanding para Imam empat
mazhab [ Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi’e, dan Imam Hanbali] yang
berstatus mujtahid mutlak, kaum tua menganjurkan taqlid dalam bermazhab
kerana mereka memahami bahawa ulama’ ushul meletakkan syarat yang ketat
untuk seseorang itu berijtihad. Berijtihad bukan kerja sebarangan orang,
bukan hanya sekadar mengetahui bahasa Arab, bukan juga bermakna tamat daripada Universiti Al-Azhar atau Universiti Madinah
maka seseorang itu dikira Mujtahid sebaliknya dia perlulah mempunyai
keahlian yang mantap, keilmuan yang tinggi serta pakar dalam beberapa
ilmu tertentu sebagaimana yang disyaratkan oleh Ulama’ Muktabar. Pendek
kata, sistem ini sememangnya mempertahankan tradisi asal pengambilan
ilmu pengetahuan dan ketulenan sumber ilmu tersebut serta membenteras
dari sebarang pemalsuan dan penyelewengan.
- KAUM MUDA [PENDOKONG-PENDOKONG AJARAN IBN TAYMIYAH DAN AJARAN WAHHABIYAH]
Melalui pemikiran islah dan pembaharuan, mereka menagih simpati dan pengaruh masyarakat supaya membebaskan diri daripada terpengaruh dengan Kaum Tua. Islah dan tajdid yang dianjurkan oleh Kaum Muda dan dilaungkan ke sana ke sini sebenarnya bukan bererti memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan sebagaimana yang diwar-warkan sebaliknya ianya adalah suatu seruan dan ajakan kepada orang ramai supaya memperbaharui agama mereka dengan mengamalkan Islam mengikut acuan pemikiran Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab. Bertitik-tolak dari sinilah Kaum Muda tanpa malu dan segan mewar-warkan usaha-usaha atas nama pengislahan.
Gerakan tajdid yang telah disalah-ertikan oleh Kaum Muda ini berkait rapat sekali dengan usaha mereka dalam melakukan ijtihad yang membabi-buta. Tajdid anjuran mereka ini mendokong konsep logik akal semata-mata, mereka cuba memberanikan diri melakukan ijtihad tanpa mengetahui perkara tersebut zanniyyah ataupun qat’iyyah, oleh kerana itulah kita melihat Ibn Taimiyah itu sendiri [bapak kepada Kaum Muda] seringkali melampaui batasan ini sehingga berani memberikan pandangan yang berupa ijtihad lantas bercanggah dengan nas-nas yang sudah qath-I seperti dia mengatakan ;
- Allah Duduk Bersemayam Di atas Arasy.
- Alam Itu Azali Dengan Jenisnya.
- Neraka Dan Penghuninya Tidak Akan Kekal Bahkan Ianya Pada Pandangannya Akan Binasa Selama-Lama.
- Mengatakan Allah Ta’ala Berarah Dan Bertempat,
- Mengatakan Allah Mempunyai Jisim.
- Dan Banyak Lagi.
Dari sudut sejarah, pertumbuhan aliran Kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-17M dan 18M iaitu merujuk
kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703M-1787M). Tetapi
sebenarnya aliran reformasi ini sudahpun bermula jauh sebelum itu iaitu
ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263M-1328M).
Perkembangan aliran bercelaru ini terus membiak dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M).
Menurut sesetengah pendapat, pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa penuntut Melayu yang belajar di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.
Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai Kaum Muda ialah Muhammad Tahir Jalaluddin (1869M-1956M), Muhammad Salim al-Kalali, Syed al-Hadi (1867M-1934M), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906M-1908M) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Burhanuddin al-Hilmi, Abbas Taha dan Za’ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda ini.
Bagaimanapun segala usaha merka ini terhenti disebabkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras terhadap pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu. Akan tetapi, semenjak kepulangan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir, pengajian tafsir dan akidah mujassimah yang selama ini diperjuangkan oleh Kaum Muda boleh dikatakan kembali berkembang aktif walaupun pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, tokoh baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan pemikiran Kaum Muda ialah Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh. Dia adalah di antara yang banyak menterjemahkan kitab-kitab tokoh-tokoh Kaum Muda seperti kitab karangan Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ibn Taymiyah, Al-Albaany dan banyak lagi.
Di bawah ini akan dibentangkan beberapa tokoh yang mendokongi ajaran Kaum Muda ini di Nusantara.
- MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN
Muhammad Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatra Barat.
Bapanya dikenali sebagai Sheikh Muhammad (juga bergelar Tuanku Muhammad
atau Tuanku Cangking); datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama
Tuanku Ahmad Jalaluddin.
Dia pernah mempelajari Bidang Falak semasa berada di Universiti Al-Azhar, Mesir selama 4 tahun (1314H-1318H. bersamaan 1893M-1897M.). Di sana, dia menerima pengaruh daripada pemikiran Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, tokoh gerakan kecelaruan yang berjuang untuk menentang ajaran Islam sebenar atas dakwaan membersihkan Umat Islam daripada khurafat dan bid’ah, tidak ketinggalan Al-Quran dan Al-Hadis menjadi slogan untuk mengelirukan masyarakat dan melemahkan jatidiri Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah. Lantaran kegiatan Muhammad Tahir yang berkait rapat dengan pemikiran reformasi inilah, beliau dikenali juga sebagai sebagai Kaum Muda di kalangan masyarakat Melayu-Nusantara.
Semasa di Mesir juga dia mula berdampingan dengan tokoh-tokoh Kaum Muda seperti Muhammad Rashid Ridha yang bergiat dalam penulisan rencana-rencana melalui akhbar yang berunsur Islam, seperti Al-Manar. Muhammad Tahir juga pernah menyumbangkan rencana-rencana yang bersifat jenayah ilmiah dalam akhbar tersebut. Pendekatan seperti ini telah beliau terapkan sekembalinya ke Tanah Melayu, dengan membuat banyak sumbangan kepada majalah-majalah Al-lmam dan Al-lkhwan di bawah kelolaan Syed Ahmad Al-Hadi dan lain-lain rakannya, dan Akhbar-Saudara.
Dia mempunyai pendirian yang tegas dan keras dalam hal-hal keagamaan. Aspek bid’ah-membid’ah adalah menjadi kesukaan dan kegemarannya semenjak berinteraksi dengan amalan warisan ulama dalam masyarakat Islam di tanah air.[3] Inilah di antara aspek peribadi yang menyebabkan Tahir Jalaluddin tidak dapat menetap lama di sesuatu tempat, di samping adanya pergeseran dan penentangan daripada golongan Kaum Tua.
Beliau pernah menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping, kemudiannya terlantik sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun, dalam zaman pemerintahan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, fatwa-fatwa sesat Tahir Jalaluddin tidak diterima oleh ulama’ golongan 'Kaum Tua' dan masyarakat Islam setempat. Beliau berkhidmat dengan negeri Johor Darul Takzim pada tahun 1335 H. (1914 M.), sebagai Pendidik dan Nazir sekolah-sekolah agama Johor selama 4 tahun; dan sekali lagi selama 3 tahun (1346-49 H./ 1925-28 M.). Dalam lingkungan masa yang sama, beliau sempat berkhidmat sebagai mudir (Guru Besar) Madrasah Haji Muhammad Taib, di Parit Jamil, Muar. Dalam dunia pendidikan Tahir Jalaluddin sentiasa mempunyai pemikiran dan pandangan yang kononnya jauh ke hadapan daripada pemikiran semasa pada zamannya. Tetapi apabila diselidiki pemikiran itu hanyalah falsafah dusta dan omongan kosong yang jauh daripada kebenaran. Tahir Jalaluddin pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan penulisan dan penerbitan majalah Al-Imam. Beliau berkhidmat di Madrasah Al-Masyhoor Pulau Pinang sebagai Pendidik dan Pengetua selama 3 tahun (1341-44 H./ 1920-23 M.), kemudian pulang ke Kuala Kangsar.

- ABU BAKAR AL-ASHAARI
Nama
sebenar beliau ialah Abu Bakar bin Shaari yang berketurunan Bugis dan
bukanlah anak tempatan negeri Perlis sebagaimana yang didakwa oleh
sesetengah pihak.[4]
Abu Bakar Al-Ashaari dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun
1904. Bapanya bernama Shaari bin Musa dan ibunya bernama Fatimah.
Bapanya telah berhijrah ke Pulau Pinang kerana meneruskan khidmat
sebagai pegawai polis.
Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowasatra yang terletak di Pulau Pinang sehingga darjah lima, kemudian melanjutkan pelajaran ke Anglo Chinese School Pulau Pinang. Dorongan peribadi dan minat untuk menguasai Bahasa Arab telah menyebabkan dia beralih ke bidang Bahasa Arab lalu melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama al-Masyhur, Pulau Pinang.[5] Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar selama tujuh tahun bermula dari tahun 1925 hingga 1932. dia telah berjaya memperolehi Ijazah Undang-undang Islam dari Universiti al-Azhar.
Sekembalinya dari Mesir, dia mengambil keputusan untuk ke Balik Pulau Pinang dengan hasrat murni untuk mencurahkan bakti di situ. Walaubagaimanapun fahaman dan pandangan pelik yang dibawa olehnya tidak diterima oleh masyarakat setempat menyebabkan terpaksa berhijrah ke Kedah.
Oleh kerana tidak tahan dengan tentangan daripada penduduk setempat dan ulama’-ulama’ setempat ketika itu, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri Kedah. Malangnya, masyarakat di Kedah juga menolak beliau. Untuk meneruskan kehidupan, beliau berniaga kecil-kecilan di Pekan Alor. Di antara barangan yang dijual ialah seperti selipar, kasut kayu serta barang-barang aksesori rumah dan lain-lain. Ia berlanjutan sehinggalah akhirnya dia telah kembali ke Perlis mencari kerja sebagai tenaga pengajar di sana.
Di Perlis, dia telah berkhidmat sebagai guru agama di Madrasah Alawiyyah, Arau. Kemudian dia ditukarkan sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perlis (Masjid Alwi). Sepanjang bertugas sebagai imam, khutbah Jumaat yang disampaikan olehnya adalah karangan buatan sendiri dan banyak menyentuh isu-isu semasa.
Khutbah-khutbah ini telah dijilid dan dinamakan dengan Khutbah al-‘Asriyyah. Dia telah menghasilkan beberapa buku-buku untuk menyampaikan fikrah dan maklumat semasa yang mengelirukan. Di antara karya-karya Abu Bakar ialah Kebebasan Berfikir Dalam Islam, Pergerakan Kaum Wanita Di Alam Islami, Ibadat Rasulullah, Sejarah Anbiya’, Jawahir al-Bukhari, Sembahyang Rasulullah, Pedoman Ibadah Puasa, Risalah Zakat dan Fitrah Negeri Perlis, Kitab Pedoman Ibadah Puasa Perlis, Punca Penerangan Akal, al-Khutbah al-‘Asriyyah, Khutbah-khutbah Moden, Soal Jawab Agama, Media Dakwah Indonesia, dan al-Muslimun.[6]
Tafsiran fiqh yang dikemukakan oleh Abu Bakar al-Asha‘ari direka dengan cara lebih ringkas dan menggunakan teknik yang mudah. Baginya persoalan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah perlu disandarkan kepada dua sumber utama Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja tanpa ada syarahan panjang lebar daripada ulama’ yang muktabar. Justeru kayu ukur dalam menyelesaikan persoalan fiqh baginya adalah al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi tanpa mengambil pedoman kitab-kitab ulama’ terdahulu. Ini amat jelas sekali apabila dilihat dalam buku-buku yang dihasilkannya sebagai contoh buku Kaifiat Solat. Menurutnya, amalan solat yang betul ialah pelaksanaannya yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang sohih sahaja.[7] Manakala di dalam kitabnya ; Ibadah Rasulullah, dia menegaskan bahawa amalan-amalan solat Rasulullah yang diambil menurut riwayat-riwayat yang sohih sahaja, manakala riwayat-riwayat yang dha‘if ditolak sama sekali walaupun dalam urusan fada’il al-’a‘mal [kelebihan beramal].[8]
Abu Bakar Al-Ashaari banyak memberi pendapat yang pelik-pelik semasa hayatnya antaranya ialah pada lafaz “wa bihamdih” di dalam rukuk dan sujud adalah amalan bid’ah, Solat sunat selepas azan Jumaat yang pertama juga dianggap bid‘ah oleh Abu Bakar al-Ashaari dan rakan-rakannya. Pendapat ini ditentang oleh Syeikh Haji Abu Bakar bin Hj Hasan daripada Muar yang merupakan Kaum Tua pada masa itu, selain itu juga dia mempertikaikan bacaan “usholli ” sebelum mengangkat takbiratul ihram. Pegangannya yang kuat pada aliran Kaum Muda lebih menonjol lagi apabila dia berpandangan bacaan tahiyyat yang terdapat ucapan selawat kepada Nabi yang ditambah dengan lafaz Sayyidina adalah bid‘ah. Pada tanggapan Abu Bakar Al-Ashaari, kononnya amalan bid‘ah yang tersebar dalam masyarakat melalui ibadah solat ini perlu diperangi habis-habisan kerana ia boleh merosakkan akidah, ibadah dan seterusnya membawa kepada kekufuran.[9]
Dia mengutamakan ijtihad dan menolak sekeras-kerasnya taqlid kepada mana-mana mazhab fiqh walaupun mazhab itu adalah mazhab Ahlus Sunnah wa al-Jama‘ah seperti mazhab Syafi‘i yang menjadi ikutan ramai umat Islam di Malaysia, atau mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali.[10]
Aliran pemikiran yang dibawa oleh Abu Bakar Al-Ashaari ketika itu digelar sebagai ‘ajaran baru’ selain terkenal dengan aliran Kaum Muda ke dalam masyarakat Islam di Perlis.[11] Tentangan yang bertubi-tubi daripada masyarakat Islam dan Kaum Tua membimbangkan dirinya, ini mendorong Abu Bakar Al-Ashaari mengarang beberapa buah buku berunsur agama sebagai cara untuk membela diri dan memberi penerangan lebih lanjut kepada pengikutnya supaya tidak melarikan diri. Karyanya yang menjadi terkenal apabila terbitnya salah sebuah daripada buku beliau yang bertajuk Ibadah Rasulullah yang dicetak pada tahun 1956. Kitab ini seterusnya membawa huru-hara dalam masyarakat dan hampir keseluruhan ulama’-ulama’ Nusantara menentang pandangan-pandangan beliau yang terdapat di dalam buku tersebut. Kontroversi ini berpunca daripada pendapatnya yang mengatakan bahawa binatang yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Qur’an seperti biawak, katak, mengkarung dan lain-lain halal dimakan.
Keberanian Abu Bakar Al-Ashaari mengeluarkan kenyataan tersebut telah menyebabkan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanahair menjadi pentas forum utama di antara Abu Bakar Al-Ashaari dan alim ulama termasuk di kalangan mufti sendiri yang menentangnya. Namun begitu Abu Bakar tetap dengan pendiriannya. Dia telah mencabar pihak yang berkenaan supaya mendatangkan dalil daripada al-Qur’an atau al-Hadith bagi membuktikan pendapat yang dikeluarkannya itu salah. Cabaran ini telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian 29 Rejab 1377H yang bertajuk: “Perkara Kitab: Pengarangnya Mencabar Ditunjukkan Dalil”.
Selain daripada itu, sebagai maklumbalas untuk menyambut cabaran tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah menyatakan pendirian mereka untuk mengadakan satu perdebatan terbuka bagi membahaskan perkara yang diutarakan di dalam buku tersebut. Walaubagaimanapun, Abu Bakar Al-Ashaari melalui Berita Harian bertarikh 30 Rabiul Awal 1377 H telah menolak perdebatan tersebut dengan alasan “tidak ada faedah yang dapat diharapkan dari perbahasan mengenai masalah ijtihadiyyah”.
Kenyataan ini Abu Bakar Al-Ashaari telah mencetuskan suatu perbahasan yang sengit terutama di kalangan ulama’- ulama yang bermazhab Syafi‘e yang secara jelas mengharamkannya. Implikasi daripada itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Sembilan telah mencabar Abu Bakar Al-Ashaari untuk berdebat. Jika tidak, beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-raja Melayu agar diambil tindakan ke atas Abu Bakar Al-Ashaari dengan sekurang-kurangnya mengharamkan buku tersebut. Ketika dia diminta memberi komen tentang hal itu telah menyatakan : “kalau tindakan itu diambil, maka itu adalah sesuatu yang amat bodoh”. Kata-kata tersebut disiarkan dalam Berita Harian 30 Rejab 1377H.
Setelah perbahasan mengenai perkara ini berlarutan melalui majalah dan akhbar dan tidak ada kata putus untuk mengadakan perdebatan, maka akhirnya buku tersebut telah diharamkan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, termasuklah negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan lainnya.
Pada hari Isnin, tanggal 6 April 1970M pada pukul 6.00 pagi bersamaan 30 Muharram 1390 H,13 Abu Bakar Al-Ashaari telah mati ketika usianya 65 tahun. Jenazah Abu Bakar Al-Ashaari telah dibawa pulang dari Port Dickson ke Perlis oleh anak-anaknya dan tiba di rumahnya di Jalan Pegawai, Kangar lebih kurang jam 11 malam untuk dikebumikan.
- BURHANUDIN HELMI
PAS MENGAKUI BAHAWA BURHANUDIN HELMI TERGOLONG DARIPADA KAUM MUDA [WAHHABI].
- ABU BAKAR AL-BAQIR
Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.
Selain itu dia adalah seorang yang berketurunan Jawa. Ketika usianya
enam tahun, anak kelima dari enam beradik ini belajar hingga darjah lima
(tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol. Kemudian, dia menuntut di
Madrasah Al-Rahmaniah, Semanggol yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman
Mahmud, bekas penuntut Jame’ Al-Azhar Mesir dan Masjid Al-Haram Makkah
selama 15 tahun.
Abu Bakar Al-Baqir amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti yang dikatakan berunsur Islam yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu. Menurut Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin itu telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang dalam bahasa Inggeris disebut The Muslim Brotherhood.
Penubuhan Hamim dirangka oleh Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama Burhanuddin Al-Helmi di Maahad El Ehya’ Al Shariff (MAEAS), Gunung Semanggol Perak pada 14 Mei 1948. Sejarah mencatatkan, Hamim mendapat sambutan hebat daripada golongan kebangsaan berhaluan kiri tetapi ianya tidak mempunyai hayat yang panjang.
Seperti Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Baqir turut menerima padah kerana menentang penjajah Inggeris. Dia dipenjara pada 29 Julai 1948 dan dibebaskan empat tahun kemudian (1952). Seiringan dengan itu, Hamim turut menerima nasib yang sama-berkubur apabila Ketua Umumnya terpenjara.
Tentang fahaman fiqhnya, menurut Shahar Mursyid Abu Bakar, Setiausaha Persatuan dan Ma'ahad al-Ihya al-Syarif, Abu Bakar menolak beberapa perkara yang diamalkan oleh Orang Melayu seperti talqin, fidyah sembahyang, dan selainnya. Dia mendakwa kononnya ingin agar umat Islam hanya itu kembali kepada al-Quran sahaja.
Dari segi pemikiran tajdid, dia menunjukkan wajah yang mirip dengan Juned Tola. Selain menjadikan kejahilan dalam beragama sebagai keberanian untuk berijtihad, dia juga menambah kecelaruan dalam masyarakat dan membawa porak peranda. Tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab dia tidak begitu mengambil perhatian. Sepertimana Juned Tola, meskipun dia menganut fahaman pembaharuan dalam bidang akidah dan syariah, namun dalam gerakan "islah"nya tidak berkonfrontasi dengan ulama’ yang bermazhab Syafi’iyyah.
Perjuangan menyebarkan aliran Kaum Muda juga melibatkan bidang politik. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu seperti Ibrahim Yaakub dan Burhanuddin al-Hilmi.
Pada 13-14 Mac 1948M, sebuah persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif dan di antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Burhanuddin al-Helmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948M. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti itu. Walaubagaimanapun hayat parti ini tidak panjang apabila pihak british yang merupakan penjajah ketika itu, menangkap tiga orang pemimpin utama HAMIM pada pukul 12 tengahari 29 Julai 1948M, Mereka ialah Abu Bakar al-Baqir, Abd. Rabb al-Tamimi, dan Abdul Rauf Nur. Namun Abu Bakar al-Baqir dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.
Ekoran daripada penahanan ini, HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Namun, semangat menyebarkan ajaran sesat Kaum Muda Tanah Melayu tidak terhenti di situ, ianya diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (PAS).

- ULAMA’ NUSANTARA MENENTANG AJARAN IBN TAYMIYAH DAN KAUM MUDA [WAHHABI]
Ajaran
Kaum Muda [WAHHABI] bahayanya tidak terhingga. Oleh kerana itulah,
lahir kesedaran ulama’-ulama’ yang beraliran Kaum Tua bersatu menentang
dan membasmi ajaran ini sehingga ke akar umbinya.
Banyak Fitnah yang dilontarkan kepada golongan mulia ini sehinggakan ada di kalangan Kaum Muda hari ini menuduh mereka sebagai quburiyun (mereka maksudkan penyembah kubur), makan duit anak yatim kerana menghadiri majlis-majlis tahlil, lapar duit si mati sehingga meminta-minta duitnya di perkuburan sambil membaca Al-Quran, memohon hajat dan doa kepada si mayat itu sendiri, menggelarkan mereka sebagi bapak bid’ah di Tanah Melayu, melabelkan ulama’ulama’ pondok ini sebagai Syiah, mengkafirkan guru-guru pondok yang tidak mengundi, mengkafirkan mereka yang bertawassul dengan para anbiya’ dan solihin, mendakwa akidah yang diajar oleh guru-guru pondok iaitu kitab yang banyak membicarakan sifat 20 atau 13 sifat sebagai salah dan yang benar hanya pengajian tauhid 3T ( Tauhid Tiga) mereka sahaja, acara maulid yang diamalkan oleh mereka bersama penduduk Islam sebagai bid’ah melazimkan pelakunya masuk neraka, sesetengahnya sampai mensyirikkan dan mengkafirkan mereka, Menggelarkan penuntut pondok sebagai primitif, dan kuno dan berfikiran jumud, menentang sebarang bentuk tarekat yang diamalkan oleh mereka, dan banyak lagi kesesatan-kesesatan golongan Kaum Muda ini.

- Syeikh Dato' Tg Hj Ahmad Maher
- Syaikh ‘Abdullah Fahim
- Mufti Pehin Ismail (Mantan Mufti Brunei Darus Salam)
- Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi
Nama
Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sebagai tokoh ulama’ Ahlus Sunnah
Wal Jama’ah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam di
negara ini, khususnya pada dekad 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja
pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat
berjasa di negara ini.
Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhairai yang terkenal sebagai wali Allah. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yang berasal dari Hadhramaut.
Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah menghabiskan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir.
Beliau adalah seorang ulama’ yang bergiat aktif sebagai contohnya, ketika di Mesir beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekaligus menjadi pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana.
Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat Perang Jepun.
Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955. Beliau juga pernah menjadi Imam di Masjid al-Ma'ruf, Singapura selain menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan Madrasah al-Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bahru, Jawa, Kelantan dan Pahang;
Nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong akidah dan pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.
Melalui majalah "Pembela Islam" dan “kitab Soal Jawab”, Hassan Bandung melontarkan pemikiran-pemikiran baru Islam yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua [Ahlus Sunnah Wal Jama’ah]. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.
Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan dan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang murni, amalan bid’ah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.
Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengan Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti Tahir Jalaluddin [tokoh yang banyak membawa huru-hara dalam masyarakat ketika itu], Sheikh Abdumah Maghribi dan Sheikh Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.
Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta.
Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaha-usaha membangunkn semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tarekat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.
Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail 'al-'Allamah al-Murabbi al-Khabir wal Khathibul Qadir wad Da`ie al-Basyir Ila Allah Subhanahu Wata’ala Asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-Syaikh Muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya.
Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara muridnya yang terkenal di Kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kulliyyah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS semenjak 1959. Sheikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat Islam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas
Perang Dunia Kedua.

Di
Singapura, beliau juga terlibat dalarn beberapa pertubuhan Islam.
Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai
terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan anti-penjajah.
Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah
telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli
Umno. Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23
Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sheikh Fadhlullah memainkan
peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti PAS ini.
Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik beliau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhakni telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965 beberapa kali mewakili umat Islam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua.
Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kebanyakannya menjadi pendokong perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 Ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.
- Al-Musnid Al-Habib Abul-Ashbal Salim Ibn Husayn Ibn Jindan Al-Indunisiy
- Syaikh Utsman Jalaluddin
- Al-Qadi Abu Bakar Ibn Hasan A-Muwari
- Al-'Alim Allamah Syeikh Kyai Haji Mohammad Hasyim Asy'arie
- Al-Allamah Al-Syaikh Ibn Abdul Muttalib Al-Mandili Al-Indunisiy
- Al-Alim Allamah Tuan Guru Hj Daud Hj Omar Al-Kelantany, Bukit Abal
- Al-Alim Allamah Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdur Rahman Bin Deraman Al-Makki
- Al-Marhum Bekas Mufti Sabah Hj Said Hj Ibrahim
- Al-Alim Allamah Tuan Guru Hj Abdullah Ibn Tuan Guru Hj Abdur-Rahman Al-Kalantaniy Lubuk Tapah
- Tuan Guru Pok Cik Din Al-Kelantany
- Hujah Ilmiah Dari Pelajar Pondok Demi Menyanggah Tohmahan Yang Dilontarkan Oleh Kaum Muda terhadap Amalan Umat Islam Seluruh Dunia Khasnya Di Nusantara
- Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tengku Abdur-Rahman Al-Fathani
Kaum
Muda yang ditentang oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman
al-Fathani pada zamannya ialah ajaran yang dibawa oleh Haji Wan Musa.
Beliau pernah menjadi Mufti Kelantan yang ke-3 selepas Haji Nik Wan Daud
dan Haji Wan Ishak.
Haji Wan Musa adalah adalah antara tokoh pendokong Kaum Muda. Apa yang aneh Haji Wan Musa adalah seorang yang sangat berpegang teguh dan beramal dengan Tarekat Ahmadiyah. Inilah yang menyebabkan masyarakat awam di Kelantan keliru kerana Kaum Muda [wahhabi] kebiasaannya menentang keras amalan tarekat.
Sikap Haji Wan Musa yang keras serta pandangan-pandangannya yang cenderung kepada fahaman pembaharuan (reformasi) telah menyeret dia ke dalam kancah pertelagahan pendapat dan penentangan terhadap tokoh-tokoh Kaum Tua. Antara isu-isu kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat dia ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, tentang melafazkan Usholli persoalan muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, talfiq mazhab, hukum jilatan anjing, jualan harta wakaf dan lain-lain. Dia menyangkakan bahawa pendapat-pendapat-pendapat yang pernah dikemukakannya sahaja yang benar padahal ianya tidak pernah mendapat sambutan daripada Kaum Tua [Ahlus-Sunah Wal-Jama’ah], Dia kemudiannya memilih meletak jawatan Mufti pada akhir Jun 1916.
Selepas meletak jawatan dia mengajar di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu. Di bawah bimbingannya, lahirlah sejumlah tokoh progresif di Kelantan. Antaranya termasuklah :
- Haji As’ad Kangkung,
- Haji Yaakub Lorong Gajah Mati,
- Dato’ Haji Ahmad Maher,
- Maulana Haji Abdullah Nuh (Pasir Puteh),
- Haji Ayub Kemboja,
- Haji Abd. Manan Sumatera,
- Haji Abd. Wahid Sungai Udang(Melaka),
- HAJI NIK MAT ALIM PULAU MELAKA (AYAHANDA KEPADA NIK ABDUL AZIZ NIK MAT– MENTERI BESAR KELANTAN SEKARANG),
- Haji Ismail Lundang Paku,
- Haji Nik Abd. Rahman Palekbang
- Serta lima orang putera-putera beliau sendiri (Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mat Nazir, Haji Nik Mahmud, Haji Nik Muhamad Salleh dan Haji Nik Muhamad Mahyudin.
Menurut sumber
yang boleh dipercayai, Nik Mat Alim Pulau Melaka ayahanda kepada Nik
Abdul Aziz Nik Mat -Menteri Besar Kelantan sekarang- adalah antara
pendokong Kaum Muda. Tidak hairanlah kalau Nik Abdul Aziz menyambung
usaha ayahnya menyebarkan ajaran sesat ini dalam masyarakat Islam
sebagaimana telah dimaklumi sekarang ini.
Apabila ajaran Haji Wan Musa diketahui oleh Ulama’-ulama’, dia ditentang oleh hampir keseluruhan ulama Kelantan termasuk Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani yang ketika itu sebagai Syeikh al-Islam Selangor. Sanggahan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani terhadap Haji Wan Musa diabadikan dalam kitab Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar (selesai ditulis pada 17 Muharam 1339H/30 September 1920M).
- FATWA MUFTI KERAJAAN JOHOR MEMBASMI AJARAN KAUM MUDA
Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin
Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin
Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai
nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina
Fatimah binti Nabi Muhammad. Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di
Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M.
Beliau merupakan keturunan Nabi Muhammad yang berbangsa ‘al-Haddad’ adalah salah satu keluarga ‘Sayyid’ yang mana bangsa ini diantara pendakwah yang memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Agama Islam di Tanah Melayu.
Beliau antara lainnya pernah menulis banyak karya penulisan antaranya Al-Qaul al-Fashl fi ma li al-Arab wa Bani Hasyim min al-Fadhal. Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Kandungannya merupakan sanggahan terhadap fahaman pembaharuan Islam [Kaum Muda] yang dibawa oleh Ahmad bin Muhammad as-Surkati as-Sudani. Selain itu beliau juga adalah di antara yang menentang ajaran Kaum Muda yang di bawa oleh A. Hassan bin Ahmad Bandung.
Bukan Sayyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul “Majlis Uraian Muar-Johor”. Di bawahnya dijelaskan judul, “Pada Menjawab Dan Membatalkan Al-Fatwa Pengarang Persatuan Islam Bandung Yang Mengatakan Babi Itu Najis Dimakan Bukan Najis Disentuh Dan Mulut Anjing Pun Belum Tentu Najisnya.”
Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan ‘Kaum Tua’ menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad, diteruskan dengan mengeluarkan hukum mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor.
KANDUNGAN FATWA SEBAGAIMANA BERIKUT ( M/S 397-399) ;PERKARA ; MENGENAL KAUM MUDA–WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.
SOALAN ;
JAWAB ( daripada Tuan Mufti) :
[Jawab Soalan Pertama :]
Yang dikatakan Kaum Muda -Wahhabi- pada pertuturan orang-orang zaman ini ---zaman beliau- ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan Agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu -wahhabi-: Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula ; Tiada soh ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula ; Nabi Allah ‘Ísa Álaihi Salam berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”
SETENGAH DARI ÁLAMAT( CIRI-CIRI) MEREKA ITU [KAUM MUDA] ;
Wahhabi Boleh Dikategorikan Secara Umum Kepada 2 Kategori Di Sisi Ulama'-Ulama' Mu'tabar:
Wahhabi spesis ini adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam kerana banyak membid'ahkan amalan-amalan yang disunatkan oleh Islam. Mereka mengharamkan amalan talqin, tahlil, ziarah kubur lelaki dan perempuan, berdoa di kubur, dan berlambak lagi yang menjadi amalan khilafiah..mereka tidak keluar daripada Islam tapi dihukumkan fasiq jua, tetapi perlu diingatkan dan berhati-hati kerana ia boleh membawa kepada keluar dari Islam jua sekiranya menghalalkan perkara yang diharamkan secara ijmak ( Ma'lum Mina al-Din Bi al'Dharurah) ataupun mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan secara ijma' ( Ma'lum Mina al-Din Bi al-Tharurah)
Golongan ini menjisimkan Allah Ta’ala dengan makhluk, mendakwa Allah berada di salah satu dari Al-Jihaat al-Sit (arah yang Enam - kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah) ataupun berada banyak arah, mendakwa Allah duduk di atas arasy atau pun kursi seperti akidah Yahudi, mengatakan Allah ada anggota dan perkara seumpamanya yang membawa kepada KEKUFURAN secara ijma' oleh ulama'-ulama' empat mazhab (al-Hanafiah, al-Malikiyah, asy-Syafi'iyyah, dan al-Hanabilah). Semoga Allah menjauhi kita semua dari bahaya golongan wahhabi spesis ini.
SHUBHAH : Eloklah kita berpegang kepada berlapang dada dan tidak menghujum mana-mana ulama’ yang besar jasanya kepada perkembangan ilmu dalam sejarah Islam.
Penulis mengatakan :
Apakah jasa dan sumbangan Ibn Taimiyah, Muhammad Abdul Wahhab, Kaum Muda kepada Islam? Adakah I’tiqod-I’tiqod kufur dan fahaman tabdi’ yang dibawa mereka dan disebarkan kepada masyarakat yang kemudiannya menyebabkan pembunuhan kepada Umat Muslimin dikira sebagai sumbangan dan jasa kepada Islam?!
Janganlah lekas menyanjung Ibnu Taimiyah selepas mengetahui kata-kata kufurnya. Natijahnya, kita dapat lihat cetusan pembunuhan di Algeria, Iraq, Thailand, Jordan, Yaman, bumi Syam, pemusnahan Jannatul Baqi’ dan lain-lain. Perlulah bagi kita membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemikiran Ibn Taimiyah dengan akal yang salim untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Masih ramai lagi para Ulama’ Muslimin yg mu’tabar untuk diijadikan qudwah atau ikutan. Pendapat Imam Mujtahid Mutlak dalam mazhab yang empat amat sesuai diikuti dan dipraktikkan. Begitu juga dengan kredibiliti dan kreativiti syeikh-syeikh mazhab itu sendiri. Tinggalkanlah pembawa masalah dan pencetus kesamaran kerana aqidah itu perlu dibina di atas dasar yang mantap. Hal ini penting supaya kekuatan dalaman kita dapat dicernakan bagi menyemarakkan kefahaman yang mampan dan semangat jihad dalam saf perjuangan Islam. Wallahua’alam.
FOOTNOTE :

OLEH
: ALLAH YARHAM AL-ALLAMAH DATO’ SAYYID ‘ÁLAWI BIN THAHIR AL-HADDAD,
MUFTI KERAJAAN JOHOR (1936-1961) BERSAMAAN (1356-1381 H).diterbitkan
oleh BAHAGIAN PENERBITAN JABATAN AGAMA JOHOR.
KANDUNGAN FATWA SEBAGAIMANA BERIKUT ( M/S 397-399) ;PERKARA ; MENGENAL KAUM MUDA–WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.
SOALAN ;
- BAGAIMANAKAH DAPAT KENAL ATAU KETAHUI ‘ALAMAT-ÁLAMAT KAUM MUDA-WAHHABI- ITU?
- ADAKAH KAUM MUDA -WAHHABI- ITU TERJUMLAH DALAM GOLONGAN ISLAM.
JAWAB ( daripada Tuan Mufti) :
[Jawab Soalan Pertama :]
Yang dikatakan Kaum Muda -Wahhabi- pada pertuturan orang-orang zaman ini ---zaman beliau- ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan Agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu -wahhabi-: Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula ; Tiada soh ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula ; Nabi Allah ‘Ísa Álaihi Salam berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”
SETENGAH DARI ÁLAMAT( CIRI-CIRI) MEREKA ITU [KAUM MUDA] ;
- Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Qurán dan Al-Hadits Nabawi.
- Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.
- Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh Al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka-pun- berkata ; Harus menyentuh Al-Quran dengan tiada air sembahyang.
- Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca Al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadas besar, Mereka berkata ; Harus membaca Al-Quran kalau ada hadas besar sekalipun.
- Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya Orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.
- Setengah mereka itu sepanjang hari memain -bermain- kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.
- Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya soh sembahyang di sisi mereka.
- Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang soh juga sembahyang di sisi mereka.
- Dan setengah dari ‘alamat mereka -Kaum Muda- itu, mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak.
- Setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik-beratkan oleh Kaum Muda)dan tiada dihiraukannya.
- Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya. Semuanya ini ialah ádat orang-orang KHAWARIJ ( orang-orang yang benci akan sayyidina ‘Ali Karramahu Wajhah) dan ‘adat AHLUL BIDA’AH yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam, al-Tabi’een, mereka yang kemudian daripada Imam-Imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru di antara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (Tauhid) bahkan pada furu’ (cabangan) sahaja.
- Setengah daripada mereka itu ada yang keluar daripada Agama Islam [Kafir] seperti orang-orang yang menyembunyikan ajaran Qaadiaani dan orang yang mengi’tikodkan Nabi ‘Isa berbapa dan setengah daripada mereka itu ada orang yang mereka-rekakan syariat Islam...TAMAT.
SUATU PERINGATAN PENTING DARIPADA PENULIS :
Wahhabi Boleh Dikategorikan Secara Umum Kepada 2 Kategori Di Sisi Ulama'-Ulama' Mu'tabar:
PERTAMA : AL-WAHHABIYYAH MUQALLIDIYYAH :
Wahhabi spesis ini adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam kerana banyak membid'ahkan amalan-amalan yang disunatkan oleh Islam. Mereka mengharamkan amalan talqin, tahlil, ziarah kubur lelaki dan perempuan, berdoa di kubur, dan berlambak lagi yang menjadi amalan khilafiah..mereka tidak keluar daripada Islam tapi dihukumkan fasiq jua, tetapi perlu diingatkan dan berhati-hati kerana ia boleh membawa kepada keluar dari Islam jua sekiranya menghalalkan perkara yang diharamkan secara ijmak ( Ma'lum Mina al-Din Bi al'Dharurah) ataupun mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan secara ijma' ( Ma'lum Mina al-Din Bi al-Tharurah)
KEDUA : AL-WAHABIYYAH MUJASSIMAH DAN MUSHABBIHAH :
Golongan ini menjisimkan Allah Ta’ala dengan makhluk, mendakwa Allah berada di salah satu dari Al-Jihaat al-Sit (arah yang Enam - kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah) ataupun berada banyak arah, mendakwa Allah duduk di atas arasy atau pun kursi seperti akidah Yahudi, mengatakan Allah ada anggota dan perkara seumpamanya yang membawa kepada KEKUFURAN secara ijma' oleh ulama'-ulama' empat mazhab (al-Hanafiah, al-Malikiyah, asy-Syafi'iyyah, dan al-Hanabilah). Semoga Allah menjauhi kita semua dari bahaya golongan wahhabi spesis ini.
SHUBHAH : Eloklah kita berpegang kepada berlapang dada dan tidak menghujum mana-mana ulama’ yang besar jasanya kepada perkembangan ilmu dalam sejarah Islam.
Penulis mengatakan :
Apakah jasa dan sumbangan Ibn Taimiyah, Muhammad Abdul Wahhab, Kaum Muda kepada Islam? Adakah I’tiqod-I’tiqod kufur dan fahaman tabdi’ yang dibawa mereka dan disebarkan kepada masyarakat yang kemudiannya menyebabkan pembunuhan kepada Umat Muslimin dikira sebagai sumbangan dan jasa kepada Islam?!
Janganlah lekas menyanjung Ibnu Taimiyah selepas mengetahui kata-kata kufurnya. Natijahnya, kita dapat lihat cetusan pembunuhan di Algeria, Iraq, Thailand, Jordan, Yaman, bumi Syam, pemusnahan Jannatul Baqi’ dan lain-lain. Perlulah bagi kita membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemikiran Ibn Taimiyah dengan akal yang salim untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Masih ramai lagi para Ulama’ Muslimin yg mu’tabar untuk diijadikan qudwah atau ikutan. Pendapat Imam Mujtahid Mutlak dalam mazhab yang empat amat sesuai diikuti dan dipraktikkan. Begitu juga dengan kredibiliti dan kreativiti syeikh-syeikh mazhab itu sendiri. Tinggalkanlah pembawa masalah dan pencetus kesamaran kerana aqidah itu perlu dibina di atas dasar yang mantap. Hal ini penting supaya kekuatan dalaman kita dapat dicernakan bagi menyemarakkan kefahaman yang mampan dan semangat jihad dalam saf perjuangan Islam. Wallahua’alam.
DISUSUN OLEH :
http://www.pasvspas.blogspot.com/
pasvspas@yahoo.com
http://www.pasvspas.blogspot.com/
pasvspas@yahoo.com
FOOTNOTE :
[1]
Nama asal Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary ialah ‘Ali Bin Isma’il Bin Abi
Basyar Ishaq Bin Salim Bin Abdullah Bin Musa Bin Bilal Bin Abi Burdah
Bin Abi Musa Al-Asy’ary. Dan nama Abu Musa Al-Asy’ary itu ialah Abdullah
Bin Qais iaitu sahabat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Imam Abu
Al-Hasan Al-Asy’ary dilahirkan pada tahun 260 H,dan ada yang mengatakan
beliau lahir pada 270 H, pandangan yang lebih masyhur ialah pendapat
yang pertama. Beliau pernah belajar ilmu kalam pada mula-mulanya
daripada Abu ‘Ali Muhammad Bin Abdul Wahhab Al-Jabba’i iaitu pelopor
kepada gerakan muktazilah. Kemudian beliau meninggalkan gurunya 100%
(bertaubat) kerana suatu mimpi yang dilihatnya di dalam tidur. Maka pada
suatu hari di hari Jumaat, beliau naik di atas mimbar masjid di negeri
Bashrah dan berseru dengan setinggi-tinggi suara dengan katanya :
“barangsiapa mengenali diriku maka telah mengenali ia akan daku, dan
barangsiapa yang belum mengenal akan diriku maka akulah fulan bin
fulanah (kinayah daripada namanya), adalah aku dahulunya (yakni
Muktazilah) pernah mengatakan Al-quran itu makhluk, Dan Allah Taala
tiada boleh dilihat dengan mata ,dan bahawa segala hamba itu menjadikan
perbuatan mereka, dan jagalah! Sekarang aku sudah bertaubat daripada
fahaman muktazilah dan daripada iktikod mereka itu.” Kemudian beliau
mula mengarang kitab-kitab pada menolak ajaran muktazilah dan
ajaran-ajaran sesat yang lain. Beliau kemudiannya masuk ke negeri
Baghdad dan mngambil hadis secara bertalaqqi daripada Zakaria Bin Yahya
As-Saji salah seorang daripada Muhadditsin dan Fuqaha’, juga sempat
bertalaqqi dengan Abu Khalifah Al-Jamhi, Sahal Bin Sarah, dan Muhammad
Bin Ya’kub Al-Maqry, dan juga daipada Abdul Rahman Bin Khalaf ad-Dhobiy
Al-Bashriyyiin. Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary berasal daripada Bashrah
kemudian mendiami negeri Baghdad sehingga beliau meninggal di sana pada
tahun 333H. Al-Hafiz Murtadho Ad-Zabidy dalam Ithaf Saadatil Muttaqiin,
juzuk 2 m/s 4-6. Al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pendokong atau
pengikut beliau yang digelar al-Ash^ariyyun atau al-Asha^irah mempunyai
jasa besar dalam membersihkan umat Islam dari kekotoran aqidah ahli
bidaah seperti aqidah al-Mu^tazilah, al-Jahmiyyah, al-Mujassimah dan
al-Mushabbihah. Bahkan, kebanyakan para pendokong, pemimpin ilmu Islam
dan pembela Islam adalah dari kalangan al-Asha^irah, sedangkan golongan
mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka
sejak berzaman sehingga kini dari segi ilmu, warak, taqwa dan jasa.
Antara ulama al-Asha^irah ialah daripada kalangan ulama hadis yang
sampai ke tahap al-Hafiz yang menjadi pemimpin dalam ilmu hadis seperti
al-Imam al-Hafiz al-Hujjah al-Faqih Shaykhul-Muhaddithin Abu Bakr
al-Jurjani al-Isma^ili (penyusun al-Mustakhraj ^alal-Bukhari), al-Imam
al-Kabir al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hafiz Ibn
^Asakir (yang disifatkan sebagai tokoh yang utama daripada kalangan
al-muhaddithin di Sham pada zamannya), Amirul-Mu’minin fil-Hadith
al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-Asqalani, al-Hafiz Abu Nu^aym al-Asbahani,
al-Hafiz al-Daraqutni, al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, al-Hafiz
al-Silafi, al-Hafiz al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Daqiqil-^Id, al-Hafiz
Qadil-Qudah Taqiyyud-Din al-Subki, al-Hafiz al-^Ala’i, al-Hafiz
Zaynud-Din al-^Iraqi, al-Hafiz Waliyyud-Din al-^Iraqi, al-Hafiz
al-Lughawi al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi, Muhaddith
al-Diyaril-Maghbiyyah al-Hafiz al-Mujtahid al-Sayyid Ahmad ibn Siddiq
al-Ghummari dan ramai lagi. Selain itu, antara ulama al-Asha^irah lain
yang amat berjasa kepada umat Islam ialah Mujaddid Kurun Keempat Hijriah
al-Imam Abut-Tayyib Sahl ibn Muhammad, al-Shaykh Abu Muhammad
al-Juwayni, al-Shaykh Abul-Ma^ali Imamul-Haramayn, al-Imam Abu Mansur
^Abdul-Qahir a l-Baghdadi, al-Ustadh Abul-Qasim al-Qushayri, al-Shaykh
Abu Ishaq al-Shirazi, al-Imam Abu Bakr al-Baqillani,
Shaykhul-Mutakallimin al-Imam Abu Bakr ibn Furak, al-^Arif biLlah
al-Imam al-Sayyid ^Abdul-Qadir al-Jilani, al-^Arif biLlah al-Imam
al-Sayyid Ahmad al-Rifa^i, Shaykhul-Islam wa-Sultanul-^Ulama’ al-^Izz
^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam, al-^Arif biLlah, al-Imam al-Ghazali,
Abul-Wafa’ Ibn Aqil al-Hanbali, Qadil-Qudah al-Damighi al-Hanafi,
Abul-Walid al-Baji al-Maliki, al-Qadi ^Iyad, al-Imam Fakhrud-Din
al-Razi, Abu ^Amr ibn al-Hajib al-Maliki, ^Ala’ud-Dun al-Baji, al-Shaykh
Zakariyya al-Ansari, al-Shaykh Baha’ud-Din al-Rawwas al-Sufi, al-^Arif
biLlah Qutubud-Da^wah wal-Irshad al-Habib al-Sayyid ^Abdullah ibn ^Alawi
al-Haddad, Mufti al-Shafi^iyyah bi-Makkah al-Sayyid Ahmad Zayni Dahlan,
Musnidil-Hind WaliyyuLlah al-Dihlawi, Mufti Misr al-Shaykh Muhammad
^Illish al-Maliki, Shaykhul-Jami^il-Azhar ^Abdullah al-Sharqawi,
al-Shaykh Abul-Hasan al-Qawuqji, Muhaddith al-Diyarish-Shamiyyah aw
Khalifatish-Shaykh Badrud-Din al-Shaykh ^Abdullah al-Harari al-Shaykh
Husayn al-Jisr al-Tarabulusi, al-Shaykh ^Abdul-Basit al-Fakhuri Mufti
Bayrut, al-Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari, al-Shaykh Dawud ibn
^Abdullah al-Fatani, al-Shaykh Zaynul-^Abidin al-Fatani Ra’is
^Ulama’il-Hijaz al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi, al-Shaykh
al-Adib Wan Ahmad al-Fatani, al-Shaykh Muhammad Mukhtar ibn ^Utarid
al-Buquri, Muhaddith al-Diyarish-Shamiyyah al-Akbar al-Shaykh al-Sharif
Badrud-din al-Hasani, al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir
al-Haddad al-Hadrami Mufti Johor, al-Musnid al-Habib Abul-Ashbal Salim
ibn Jindan al-Indunisi, al-^Alimul-^Allamah al-Sayyid ^Alawi ibn ^Abbas
al-Maliki, al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ^Arabi al-Tabbani,
Musnidud-Dunya Muhammad Yasin al-Fadani, al-^Alimul-^Allamah al-Shaykh
Tuan Guru al-Haj ^Abdullah Lubuk Tapah al-Kalantani, dan ramai lagi.
[2] Nama asal Imam Abu Mansur Al-Maturidi Ialah Muhammad Bin Muhammad Bin Mahmud Al-Hanafi Al-Mutakallim. Maturidi iatu adalah dinisbahkan kepada suatu tempat dan satu kampong di Samarqandi. Beliau digelarkan sebagai Imamul Huda. Beliau wafat pada tahun 333H di Samarqandi kemudian sedikit daripada kewafatan Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary. Lihat Al-Hafiz Murtadho Ad-Zabidy dalam Ithaf Saadatil Muttaqiin, juzuk 2 m/s 4-6.
[3] Dia pernah menulis sebuah risalah bertajuk Risalah Penebas Bid‘ah di Kepala Batas. Risalah ini memuatkan beberapa isi penting amalan-amalan yang boleh membawa kepada bid‘ah.
[4] Mohd Yaakub @ Zulkifli Haji Yusoff (1990), “Pengaruh Pemikiran Muhammad ‘Abduh Dalam Gerakan Islam Di Malaysia”, dalam Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, Tokoh-tokoh Pemikir Dakwah, Selangor: Dewan Pustaka Salam, hlm. 113.
[5] Ketika dia menuntut di Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang, guru besarnya pada ketika itu ialah Syed al-Hadi, manakala gurunya ialah Tahir Jalaluddin, kedua-duanya dikenali sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Malaysia. Lihat Quirolazni bt Jaafar (1993), “Ahli Sunnah Wal Jamaah : Dasar dan Aktivitinya melalui Persatuan al-Islah di Perlis”, Kertas Projek, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 36.
[6] Mohd Yaakob @ Zulkifli Haji Yusoff (1990), op.cit., h. 117. Lihat juga senarai karya-karya beliau di laman http://www.lib.usm.my.press/moro/GPI/bab4.html; Mohd Radzi Othman, “Gerakan Pembaharuan Islam : Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubungkaitnya Dengan Gerakan Pembaharuan Islam di Negeri-negeri Lain di Dalam Malaysia.
[7] Bidang mensohihkan hadis atau mendha’ifkannya adalah bidang ulama’ yang bermartabat hafiz dalam bidang hadis bukan sebarangan orang sahaja boleh mendakwa sesuka hadis ini sohih ataupun dha’if . Adapun mereka yang tidak sampai ke peringkat tersebut bukanlah ahli dalam mensohihkan dan mendha’ifkan hadis.
[8] Ini amat bercanggah dengan ijma’ ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam Al-Hafidz An-Nawawi di dalam Muqaddimah Kitab Arba’un An-Nawawiyah Fi Al-Ahadits An-Nabawiyah, m/s 8 cetakan Darul Masyari’, beliau berkata ; Yang bermaksud ;وقد اتفق العلماء على جواز العمل بالحديث الضعيف في فضائل الأعمال“ Telah bersepakat [ijma’] para ulama’ bahawa hadis dha’if boleh beramal dengannya dalam urusan fada’il al-’a‘mal [kelebihan beramal]”.intaha.
[9] Sesetengah aliran kaum muda menganggap amalan furu’iyyah [cabangan] dan khilafiyah [persoalan perselisihan pendapat di kalangan para mazhab] di dalam agama sebagai permasalahan ushuliyah [akidah]. Oleh itu, kita dapati terdapat aliran Kaum Muda ini yang berani mengkafirkan umat Islam yang tanpa hak dan sesuka hati. Inilah sikap taasub dan fanatik yang menjadi sebahagian cara pegangan beragama bagi golongan ini.
[10] Padahal yang sepatutnya dicegah dan dihalang ialah taqlid secara membabi buta. Sikap yang melampau inilah yang membawa huru-hara dalam masyarakat apabila orang yang tiada keahlian dalam agama berbicara dan memberi pandangan. Kaum Muda ini amat iri hati dengan Kaum Tua yang suka menjadikan ulama’ sebagai panduan dalam bermazhab. Ini boleh menyebabkan ajaran aliran Kaum Muda tidak laku dan mendapat sambutan masyarakat Islam sehinggakan terdapat sesetengah aliran Kaum Muda ini mengelarkan Kaum Tua ini adalah pengikut “datuk nenek moyang” bahkan ada yang memanggil “penyembah nenek moyang”.
[11] Mohd Yaakub@ Zulkifli Haji Yusoff (1990), op.cit., h. 114.

Subscribe to:
Posts (Atom)