Saturday, March 23, 2013

AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM AKAN DIBUNUH !


.
Add caption
 
Abdul Samad Gul mati dibunuh.
Prof Zulkifli Muhammad didakwa dibunuh.
Anwar Ibrahim bakal dibunuh?

Siapa yang bunuh Abdul samad Gul?
Siapa yang didakwa membunuh Prof Zulkifli Muhammad?
siapa yang bakal membunuh Anwar Ibrahim?


BERLAKU KEMATIAN MISTERI KE ATAS PARA PEJUANG BANGSA DALAM USIA YANG MUDA!  AMINUDDIN BAQI KEMBALI SECARA MENGEJUT! BEGITU JUGA DENGAN UNGKU OMAR.

  USTAZ IBRAHIM LIBYA DIBUNUH SECARA KEJAM DAN DIFITNAH BUGHAH -PENDERHANA SEDANGKAN GEROMBOLAN TENTERA PEMERINTAH  YANG MENYERANGNYA DENGAN SENJATA API CANGGIH DAN KERETA KEBAL.USTAZ IBRAHIM TIDAK MENYERANG PUN BELIAU BERLINDUNG DI DALAM RUMAH DAN DITEMBAK TANPA MELAWAN MEMPERTAHAN KEYAKINAN BAHAWA NEGARA TIDAK DIURUS TADBIR SECARA ISLAM KERANA HUKUM ALLAH KE ATAS UMAT DAN NEGARA YANG DIISYTIHARKAN ISLAM TIDAK PUN BERJALAN! 

"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". AL-BAQARAH=154

Akal ke semua pemimpin - pemimpin UMNO sudah buntu , menjadi pendek dan kurang siuman. Semua projek untuk memusnahkan DSAI dengan pelbagai tindakan sejak dari dulu hingga kini menemui kegagalan. Imejnya yang cuba dirosakkan tidak menjadi. 

Percubaan membunuhnya dalam penjara juga gagal.
Tindakan mensabotaj Helikopter ketika permulaan dan kemuncak pertentangannya dengan Mahathir lewat 90-an , masih di selamatkan Allah swt dan pelbagai lagi.
Agen asing: Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat

Oleh Dzulfikar Mashoor :

KUALA LUMPUR, 15 Jula: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.


"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar."Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja,"
 ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan."Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno./harakahdaily

No comments:

Post a Comment