Monday, May 13, 2013

PENDIRIAN AKHBAR UTUSAN MELAYU @UTUSAN MALAYSIA DULU DAN KINI

Akhbar dan suara rakyat

Aziz Ishak, baja urea, kerajaan Perikatan Tunku Abdul Rahman dan kepentingan kaum pemodal@kapitalis Barat.
Cerita kebebasan akhbar, pengaruh Sang Penguasa dan kepentingan perniagaan kaum pemodal atau kapitalis Barat dapat dilihat dengan jelas dalam isu “Aziz Ishak dan isu Baja Urea” dan kerajaan Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman.  Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Said Zahari, Meniti Lautan Gelora – Sebuah Memoir Politik,  Universiti Kebangsaan Malaysia dan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2001:74-75.     
Mari kita kutip bulat-bulat@sepenuhnya isi-isi pokok yang dibentangkan oleh Said Zahari:
i) Krisis ini juga ada kaitannya dengan kaum tani dan sekali lagi, Aziz Ishak terlibat.  Menteri Pertanian ini amat ghairah dan gigih merancangkan pembangunan kilang baja urea untuk menampung keperluan baja kaum tani di Malaya.
ii) Kilang baja urea itu akan didirikan oleh syarikat kerjasama anjuran kementeriannya.
iii) Aziz Ishak telah mendapatkan nasihat kepakaran daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi Kerajaan Perikatan tidak merestuinya.
iv) Syarikat-syarikat swasta pengimport baja dari barat menentang projek ini. 
v) Tunku Abdul Rahman sendiri menentang rancangan ini.
vi) Aziz Ishak memerlukan restu dan bantuan kerajaan tetapi Menteri Kewangan Tan Siew Sin dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menentangnya dengan keras.
vii) UMNO hampir berpecah kerana isu baja urea ini.  Ada yang menyokong dan ada yang menentang rancangan Aziz Ishak.  Perpecahan telah dielakkan semata-mata kerana pengaruh peribadi Tunku, bukannya kerana menolak rancangan kilang baja urea itu.
II.  Apakah pendirian Utusan Melayu dalam isu ini?
i) Sekali lagi Utuasan Melayu mengambil pendirian yang bertentangan dengan dasar Tunku Abdul Rahman dalam soal kilang baja urea ini.
ii) Said Zahari dan rakan-rakan di Utusan Melayu melihat isu baja urea sebagai isu neo-kolonialis, isu kaum kapitalis barat yang mahu menguasai Malaya yang merdeka melalui ekonomi negara.
iii) Utusan Melayu secara tegas memberikan sokongannya dan mengkritik sikap kerajaan yang enggan menyokong projek-projek tersebut yang sudah jelas akan menguntungkan kaum tani.
iv)  Sekali lagi aku disindir oleh beberapa orang diplomat barat kerana sokongan Utusan Melayu kepada projek baja urea anjuran Aziz Ishak.  Kata mereka, ia ‘berbau sosialis’.  Kataku, kalau  projek itu dianjurkan oleh Menteri Kewangan Tan Siew Sin sekalipun, Utusan Melayu tetap akan menyokongnya.  Kerana yang akan untung, kataku adalah kaum tani Malaya dan yang rugi, kaum kapitalis.
v) Aku adalah wartawan bukannya diplomat.  Aku tidak tahu bahasa diplomat.
III.  Senarai soalan dan persoalan untuk renungan bersama. 
i) Lihatlah perbezaan nyata di antara Utusan Melayu, zamannya Said Zahari dan Utusan Meloya zamannya boleh-berbohong-jika-menguntungkan parti, UMNO’ sekarang ini?
ii) Apakah zaman kegemilangan akhbar Melayu ini akan kembali lagi?  Jika ya, bila lagi?
iii)  Ke mana perginya benih-benih wartawan berjiwa besar seperti Said Zahari ini?
iv)  Bila agaknya kita akan mengumpulkan dan membukukan segala rekod zaman silam zaman kegemilangan dunia kewartawanan Melayu ini, rekod untuk rujukan generasi yang akan datang?

MENGENANG AZIZ ISHAK MENTERI PERTANIAN YANG TERHEBAT

Aziz Ishak Yang Saya Kenali

Kisah ini saya ambil dari Rahmanhariri.blogspot.com

Sempena Hari Malaysia 16 September ni, saya persembahkan kenangan abadi kami, dari kacamata kami sebagai anak Hariri dan cucu kepada datuk datuk pejuang kemerdekaan tanahair Malaysia ni.

Latiff Hariri


Sekapur Sirih
Saya benar-benar kekurangan masa untuk berblog, dan saya pasti, saya harus memindahkan kesemua penulisan saya dari Blog360 lama saya ini . Sudah tiba masanya saya pindahkan pojok ini yang saya siarkan sempena Merdeka 50 - tersiar pada 27 Ogos, 2007.
Saya percaya, rakan rakan jurutera kimia sepertimana saya akan terhutang budi dengan saorang lelaki ini, yang dengan ilham dan pandangan jauh beliau, menjadikan kita saorang jurutera yang berjaya . Tanpa pandangan jauh beliau ni, tidak mungkin industri ini menjadi begitu dinamik dan Malaysia berjaya mencapai kemajuan dihari ini.



Aziz Ishak yang saya kenali
Beliau kekal sebagai enigma walaupun hanya kepada diri saya.
Pertama kali saya bertemu beliau, saya hanya seorang budak kecil.Dia telah memandu sepanjang jalan dari KL untuk melawat kami di Lenggong pada hari itu, di mana tiadanya lebuhraya Utara-Selatan (atau mungkin dia singgah sebentar dalam peralanan ke KL dari Pulau Pinang, siapa tahu). Sudah tentu ianya amat mudah bagi beliau yang mempunyai saorang pemandu.Bagi kami kanak-kanak dalam era 60an-70an, dengan bapak yang mempunyai hanya Morris Minor yang lama, kami melihat dia dengan penuh kekaguman (terutama bagi yang mempunyai pemandu) dan pada hakikatnya, emak memberitahu kami bahawa beliau adalah saorang bekas menteri.
Saya tidak ingat banyak tentang pertemuan itu, selain bapak yang bertanya kepada pemandu beliau samaada dia ingin makan tengah hari bersama-sama dengan kami di atas meja utama dan jawapan sopannya adalah tidak . Oh, dan saya ingat dia memuji masakan emak semasa makan tengah hari dengan bergulaikan gulai tempoyak. Gulai
tempoyak emak adalah berbeza daripada hidangan tempoyak biasa kerana emak mengguna santan didalam masakan itu.
The Hariris berfoto diberanda banglo Tok Jed di Batu Maung pada tahun 1967.
Terdapat foto yang sama pada minit yang berbeza dimana kapal dilatar sudah bergerak ke arah kanan foto.

Sudah tentu sebelum pertemuan itu kami telah banyak kali ke rumahnya. Kami pernah hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya di banglo tepi laut di Batu Maung Pulau Pinang. Ia terletak di atas bukit dan dari beranda, anda boleh melihat laut terbuka, dengan kapal-kapal yang melalui di kaki langit (Batu Maung berada di pintu masuk selatan ke Pelabuhan Pulau Pinang).
Kami kanak-kanak, berbaju koboi kami dan kolam ikan di Tok rumah Jed di Pulau PinangKami sebagai kanak kanak tahu menghayati keindahan kolam ikan di dalam rumah Tok Jed.Dan apabila kami keletihan dengan kolam ikan, kami boleh berjalan kaki menuruni bukit dari rumah dan dalam masa 5 minit kami akan di pantai Batu Maung yang indah itu. Apabila kami terasa lapar, terdapat banyak gerai-gerai menjual laksa Pulau Pinang yang terdapat sepanjang pantai, dan harganya entah beberapa sen sahaja waktu itu.
Makan laksa selepas berenang di laut Batu Maung. Sudah tentu sedap dan pedas bagi adik kami,Hasnah manakala kami bertiga menikmati makanan kami dek kerana kelaparan dan kesejukan..

Perkahwinan yang kami hadiri.

Ya, saya ingat butiran majlis ini, kerana Bapak mendokumentasikan foto foto ini mengikut susunan yang terperinci di hari percutian keluarga di Pulau Pinang pada tahun itu.

Malangnya, gambar-gambar itu telah dicuri dari rumah keluarga kami di Taiping. (Nasib baik pencuri telah kembalikan semula beberapa foto, dan dengan itu saya mampu mengemaskini pojok ini pada Ogos 2011.)

Majlis perkahwinan itu mungkin pada tahun 1967, beberapa tahun selepas beliau ditahan di bawah ISA (ditahan pada bulan Ramadhan 1965, dibebaskan lebih daripada satu tahun kemudian pada tahun 1966).
Beliau berada didalam sekatan rumah sehingga tahun 1971.Maju kehadapan tahun 1986.

Waktu itu saya baru sahaja pulang dari Melbourne dan bersenjatakan ijazah kejuruteraan kimia dan masih mencari pekerjaan, kakak saya dan saya melakukan kunjungan hormat kerumah Tok Jed di Taman TAR Ampang Jaya. Kami telah berbual seketika dengan beliau dan isterinya Tok Chah tentang beberapa kisah kini dan silam.
"Jadi, Rahman baharu pulang dari Australia? Universiti mana yang Rahman pergi? "Dia bertanya kepada saya.
"Monash," saya menjawab dengan bangganya. Dia tidak menunjukan reaksi pun dengan jawapan saya.

"Jurusan apa disana?" Dia bertanya kembali.
"Kejuruteraan Kimia, Tok Jed," jawab saya, dengan harapan kali ini akan mendapat perhatian Tok Jed, sekurangnya perkataan berteknologi ini disebut.
"Oh begitukah?!" Dia kelihatan agak terkejut. Sekarang saya rasa , saya mula mendapat perhatian beliau.
Semua secara tiba-tiba, dia bangun dan meninggalkan meja. Kami kehairanan, tetapi meneruskan perbualan kami dengan Tok Chah.
Dia datang beberapa minit kemudian bersama bukunya. Sambil membelek helain mukasurat buku tersebut,mencari muka surat yang betul, dan mengatakan sesuatu yang menggores fikiran saya.
"Tok adalah orang pertama yang membela dan menaja Universiti Malaya untuk penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia, dan kini Tok berbangga mempunyai 'cucu' yang merupakan seorang jurutera kimia yang berkelayakan!" Beliau mengumumkan seperti suatu pengistiharan..
Dia menunjukkan kepada saya kandungan dalam buku ini dan memberi penekanan kepada isi kandungan buku tersebut untuk perhatian saya.
Saya teramat kagum dengan hakikatnya, selepas bertahun-tahun beliau berjuang untuk memperbaiki tahap pendidikan anak anak Melayu untuk mengambil alih semua aspek pentadbiran British, dan sanggup disingkir dalam menegak perjuangan beliau... kini telah membuahkan hasil. Saya antara buahnya, yang walaupun kecil, merupakan hasil perjuangan beliau untuk negara. Pasti, sejak zamannya, Jabatan Kejuruteraan Kimia telah ditubuhkan di Universiti Malaya, saya rasa ramai graduan yang berkaliber lahir dari pintu Jabatan ini, sebelum saya keluar dari Monash pada tahun 1985.
Dia merupakan Menteri Pertanian negara pertama di bawah kabinet Tunku pada tahun 1955. Dia menyukainya, dan menolak perpindahan ke Kementerian Kesihatan.Dia tahu dia boleh menyumbang banyak dalam portfolio yang rendah ini tetapi kritikal - tidak seperti hari ini ramai yang akan berfikir bahawa Kementerian Pertanian adalah bermakna mentera kematian kepada ahli ahli politik yang bercita-cita tinggi, tatkala ramai orang Melayu adalah petani dan pesawah. Beliau mahu anak anak watan mengambil alih pemilikan dan pentadbiran kilang baja, loji yang begitu penting kepada ekonomi negara.
Buku eksklusif ini diberi kepada saya dan kakak saya siap bertandatangan beliau sebagai tanda ingatan dari saorang datuk kepada cucu cucunya, pada malam pertemuan itu. Sudah tentu saya membacanya dari luar hingga kedalam, dan tahu apa yang beliau lalui dalam perjuangan untuk kebaikan negara ini. (Walau bagaimanapun, saya telah kehilangan buku tersebut, yang mana menurut The Star buku itu masih diharamkan di negara ini.)
Walaupun kita menyambut Hai kemerdekaan ke 50 negara, dengan begitu banyak ratib puji-pujian mereka terhadap - Onn dan Tunku, dan terlalu ramai pahlawan kita yang terkorban demi sebuah kemerdekaan, terlalu banyak nama-nama yang tidak disebut dalam ratib ini oleh penerbitan arus media utama yang mana nama nama mereka ini lebih hebat sumbangannya dari nama nama yang sering dipropagandakan oleh media mereka.
Aziz Ishak, atau lebih dikenali sebagai Tok Jed kepada kami, adalah salah seorang daripada mereka. Pemikiran beliau terlalu jauh lebih maju daripada zaman seangkatannya. Walaupun saya terlalu muda waktu itu untuk benar-benar mengetahui apa yang beliau lalui, namun saya gembira bahawa beliau telah meninggalkan satu memori bagi kami teruskan perjuangan ini. Kenangan saorang patriot dan nasionalis yang jati, yang dalam perjuangannya, bukan untuk merompak kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri, malah berjuang untuk kesejahteraan rakyat terutamanya bangsa Melayu.Beliau enggan menerima sebarang anugerah atau gelaran negara dari kerajaan persekutuan selepas itu, dan tidak langsung menggunakan gelaran "Haji" pada awal nama beliau. Inikan pula gelaran yang diberi oleh kerajaan.
Beliau meninggal dunia pada bulan Jun 1999, dan saya gembira dapat memberi penghormatan terakhir kepada beliau pada hari tersebut.
Alfatihah untuk Tok Jed.
EPILOG




Buku ini bertajuk Tetamu Istimewa - Tahanan dalam Negara terhadap Bekas Menteri Kabinet oleh Aziz Ishak. Dalam bukunya, dia menerangkan secara terperinci perbezaan yang ketara antara beliau dengan Tunku dan peristiwa yang membawa kepada perletakan jawatan beliau, dan seterusnya penahanan ISA dan pembebasan selepas itu. Menurut artikel baru-baru ini tentang dirinya dalam The Star , buku ini masih diharamkan dan hanya dibenarkan akses yang terhad di perpustakaan universiti.

Saya mengambil sebahagian petikan penulisan Tok Jed atas cadangan beliau untuk penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaya, pada halaman 40 ,Katanya Tok JedPada awal tahun 1962, saya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman, sebagai Kanselor baru Universiti Malaya, selepas perbincangan dengan beliau mengenai keperluan untuk memberi lebih penekanan terhadap pendidikan teknikal bukan sahaja di peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah Teknikal, malah lebih dari itu diperingkat Politeknik dan U
niversiti tertinggi.
Apa yang bermain difikiran saya, tidak lain tidak bukan, juruteknik dan jurutera anak Melayu untuk perkhidmatan industri tinggi, seperti kilang baja, kilang kertas dan rakyat yang bekerja sendiri membangunkan khazanah kekayaan negara.
Saya masih ingat dalam surat itu, saya tekankan kepada Tunku tentang kemajuan sesuatu negara itu tiada maknanya jika anak bangsa masih gagal menguasai bidang teknologi dan sains. Saya tegaskan , tiada kemudahan asas langsung untuk Jabatan Kejuruteraan Industri dan Kimia di Universiti Malaya. Penafian berterusan untuk mendapatkan kemudahan latihan yang berterusan dalam bidang ini bermakna negara ini terpaksa mengimport jurutera berkelayakan tinggi untuk industri kita yang semakin berkembang, yang selama bertahun-tahun mendatang, akan terpaksa mengimport teknologi dan pekerja asing. Saya juga ingat didalam surat itu saya menyebut tentang pertemuan saya dengan Sir Alexander Oppenheim, Naib Kanselor Universiti Malaya waktu itu, tetang penekanan awal terhadap isu penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia.
Dalam surat itu, saya kemudiannya menekankan hakikat bahawa ia bukan dasar kuasa penjajah untuk memperkenalkan mata pelajaran itu bagi sebab-sebab mudah bahawa bekas negara jajahan dan negara-negara baru muncul sebaiknya dibiar menjadi pembekal bahan mentah dan tidak layak mengambil bahagian dalam industri pembangunan. Dalam kes ini, saya memetik kes universiti-universiti di India, Sri Lanka, Singapura dan Afrika Selatan, tetapi berbeza dengan universiti-universiti Komanwel yang lain, dimana kursus-kursus dalam bidang kimia telah disediakan.
Untuk membuktikan pandangan saya ini benar, saya persoalkan mengapa hanya Pegawai Pegawai British yang menjadi Pentadbir di Universiti Malaya dan dikawal oleh pegawai-pegawai tersebut, bagi memastikana negara kita akan terus menjadi pembekal bahan mentah semata mata.Surat saya kepada Tunku ditutup dengan cadangan bahawa "memandangkan kita telah ketinggalan jauh dibelakang sedangkan kemajuan telah jauh meninggalkan kita didalam bidang teknologi industri, maka satu rancangan padu harus dilakukan supaya kita mampu menjadi pamain utamanya, antaranya kursus dan jurusan berasakan industri teknologi dan kejuruteraan kimia, tindakan tindakan ini perlu diambil :
oTerdapat banyaknya biasiswa Colombo dalam mata pelajaran Industri Kimia , Teknologi Kimia akan diminta dari negara-negara yang sudi membantu seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali dan Belgium. Permintaan harus dibuat dari negara negara ini untuk melatih anak watan.
o Menyegerakan arahan kepada Universiti Malaya supaya menyegerakan kajian dan penubuhan kursus dalam bidang Kimia Industri, Teknologi Kimia dan Kejuruteraan Kimia pada tarikh yang terawal
o Menyediakan kursus dan menubuhkan Politeknik untuk kursus-kursus tersebut tanpa berlengah lengah lagi.
Tunku hanya sekadar menyerahkan surat saya kepada Naib Canselor, tanpa apa apa tindakan, dan jawapan maaf dari Naib Kanselor kepada saya, kerana sengaja melengah lengahkan. Tetapi selepas itu, masih tiada tindakan pro-aktof dari beliau, yang mana surat kedua saya layang kepada Tunku, menyuarakan ketidakpuasan hati saya sebagai Menteri Pertanian waktu itu atas kegagalan Sir Alexander bertindak.
Ingatan saya , sehingga ke hari ini (1976) tiada tertubuh pun satu Jabatan Teknologi Kimia dan Kimia Kejuruteraan!

Tamat teks kata kata Tok JedKIsah serba ringkas tentang Allahyarham Tok Jed boleh juga didapati di sini.
Sesaorang juga memberitahu saya bahawa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memecat Menteri Pertanian lewat, Aziz Ishak, kerana dia mahu kerajaan mengambil-alih monopoli kilang baja yang dipegang oleh perbadanan negara British yang besar. Aziz Ishak bertanya mengapa negara perlu memberikan kekayaan negara kepada warga asing yang mengawal komoditi yang dihasilkan di negara ini yang merupakan nadi utama kaum petani Melayu. Beliau telah dipecat dan dicemarkan nama baiknya(dibaca - difitnah).
Aziz Ishak meninggal dunia pada tahun 1999. Generasi muda kini tidak diberitahu niat murni beliau sehingga kehari beliau menghembuskan nafas terakhir beliau. Tidak tercatat, walaupun nota kecil dibawah kaki akhbar untuk mengiktiraf sumbangan beliau ke arah kesejahteraan orang Melayu yang melarat ketika era Tunku.
'X-Files' memang wujud di mana-mana negara, termasuk negara kita.Iya! Di luar sana, tetapi anda harus mencarinya. X-Files memang wujud di mana-mana negara, termasuk kita!!


Terima kasih Rahman Hariri atas tulisan ini.

Untuk kepuasan maksima bagi yang mengahayati bahasa Inggeris, sila klik disini.

Komen saya tentang penulisan RahmanHariri ini , adalah seperti berikut.

Apa yang saya pasti ingat ialah, Tok Jed ketika itu banyak bertukar pendapat dengan Bapak tentang Agama, serta bertukar tukar pendapat tentang perkembangan politik orang orang Melayu terutamanya Umno. Eh, jangan tersalah tafsir tau, Bapak bukan ahli Umno, begitu jugak dengan Tok Jed. Setahu saya, bapak lebih berminat dalam menjiwai agama, sedangkan Tok Jed pergi sebagai Ahli PAS seumur hidup, selepas di ISA kan oleh Tunku. Ya, ada persamaan dengan kisahnya DSAI tu. Ya lah, saya tidak nafikan pada awalnya, Tok Jed pun ahli Umno.

Tapi dek kerana idea dan pandangan jauh beliau tentang umat Melayu, membuat Tunku terasa kedudukan beliau tergugat,(sepertimana DRM yang tergugat dek kekuatan DSAI tu). Lalu direka cipta(dibaca - difitnah) yang Tok Jed merupakan talibarut Sukarno/Indonesia yang diwaktu itu masih hangat dengan isu Ganyang Malaysia. Memandangkan Tok Jed memang berhubung rapat dengan Ranah Minang dan akrab dengan pemimpin Indonesia waktu itu.

Tok Jed merupakan Menteri Pertanian yang pertama Malaysia. Oleh kerana itu , kaum tani, penoreh dan pesawah, nelayan sungai dsbnya, amat rapat dengan beliau dan mendapat sokongan padu dari orang Melayu bawahan. Bila idea beliau yang terlalu berwawasan itu diketengahkan:- salah satunya, pembinaan Kilang baja Urea untuk kegunaan pekebun, idea beliau mendirikan fakulti yang berkaitan kejuruteraan di Universiti, telah meperlihatkan betapa Tunku waktu itu terlalu dangkal akalnya. Dan mungkin juga 'dendam' kesumat dikalangan Ahli Umno waktu itu(mahupun kini dan selamnya, selamnya kapal selam Najib.....selamanyalah.) yang membuat beliau di ISA kan di Kem Tahanan Kamunting.

Beliau merupakan Fitnah pertama Umno terhadap ahlinya yang berjawatan Menteri. Saya ada mendengar bualan Bapak ketika itu yang menceritakan betapa keluarga Tok Jed tertekan dan malu dek fitnah itu. Walau pun waktu itu usia saya sekitar 8-9 tahun, dan saya pun mula mengenali beliau pada tahun 1971 sewaktu kehadiran beliau dirumah banglo kerajaan kami di Lenggong itu. Tetapi hubungan bapak dan Tok Jed berpanjangan bila kami berpindah ke Taiping, pasti Tok Jed datang dengan Mercedes hitam/merah bersama pemandunya, dirumah kami di Aulong itu. Disetiap pertemuan itu, kami mendisplinkan diri dengan berdiam didalam kamar bersama adik adik, kerana beranggapan Tok Jed adalah tetamu istimewa bapak, dan mereka berbincang tentang agama, politik dan hubungkait keluarga di Malaysia/Indonesia.

Bila usia dan kesihatan Tok Jed/Bapak semakin bertambah dan berkurangan, pertemuan mereka semakin terjurang. Tetapi , setiap kali cuti penggal persekolahan, saya pasti akan ke Ampang Jaya kerumah Makcak, dan sesekali akan kerumah Tok Jed/Tok Chah. Kalau tak pun kerumah Tok Tam, Tok M, tak pun kerumah Tok Pin yang kesemuanya merupakan ipar kepada Tok Jed dan rumah mereka berdekatan. Mungkin agak kekok bila berada dirumah datuk datuk ini, tetapi, bagi saya , mereka mesra dengan cucu cucu saudara mereka.

Tok Jed pergi tanpa mendapat pengiktirafan sewajarnya dari pemerintahan DrM mahupun Umno. Dan DrM meneruskan tradisi memfitnah terhadap keluarga Janaton dengan mengkambing-hitamkan Tan Sri Wan Sulaiman Pa' Wan Teh , salah saorang Hakim Tinggi Malaya yang menentang campur-tangan Eksekutif didalam Perundangan Negara. Akhirnya, Pak Lah memutihkan arwah Tok Geng (Tan Sri Wan Sulaiman) dengan membayar kesemua faedah dan ganjaran selayaknya kepada balu Allahyarham. Allahyarham , kalau tak silap saya, dikebumikan di Medan,Sumatera.

Hmmm, mungkin adik adik saya tidak tahu kisah ini, tapi, ini semua kisah yang saya dengar dan baca , samaada dari perbualan datuk datuk ini semasa hayat mereka bersama pakcik dan anak anak buahnya, mahupun melalui pakcik pakcik saya yang merupakan anak anak datuk datuk ini atau anak anak saudara mereka. Saya sebagai cucu saudara, hanya mendengar dan tersimpan dihati saya.

Apa pun, saya bangga mempunyai salasilah keluarga yang merupakan pejuang - walaupun tanpa senjata, yang pasti, senjata mereka adalah dengan penulisan mereka melalui Utusan Melayu , yang dahulunya dimiliki sepenuhnya oleh Tok Jed dan Tok Yusof( Presiden Singapura yang pertama), serta dibidang perundangan yang mereka pegang dengan tegas, tetapi akhirnya dirobek oleh DRM dan Umno. Moyang, Pa' Wan Teh merupakan hakim Melayu pertama Malaya .(kini Utusan saya haramkandari pembacaan anak anak saya)

"Oh, sebab itu abah anti Umno ya, sebab datuk datuk dahulu semuanya adalah pemimpin yang dikhianiati Umno dan akhirnya abah pun anti Umno sama", ini kata kata Izzuddin kepada saya.

Hmmm, tidak juga, kesedaran tak semestinya harus diwarisi dari asal usul kita, setiap kita akan lalui zaman yang berbeza, kita mungkin sedar tentang kezaliman yang kita alami pada era kita, anak anak mungkin akan terasa kezaliman itu perkara biasa, janji kita duduk didalam keamanan dengan nikmat kemewahan yang melimpah ruah.

Tetapi, tuntutan yang Hak terhadap Allah, bagaimana? Saya pun bukan sempurna, tetapi, sesuatu harus saya lakukan untuk kesempurnaan diri dan waris waris saya dengan berlandaskan hukum yang telah ditetapkanNya. Bukan hukum Lord Reid tu!!.

Jadi, pendirian saya lebih kepada kerana gagalnya Umno melaksanakan hukum Allah walaupun sudah 54 tahun memerintah. Kegiatan judi, arak dan yang seangkatan masih diteruskan, itu belum lagi kekayaan negara yang diwarisi oleh anak cucu mereka sahaja itu.

Dan kita bukannya penderhaka , kita adalah pejuang, mereka didalam Umno merupakan penderhaka sebenar yang menjual Malaysia sesuka hati mereka kepada bangsa dan negara luar. Dam mereka didalam UMNO yang mengagih agihkan kekayaan bumi kepada anak cucu kroni mereka!!

Kalau kita sedar, ramai pemimpin ulung nusantara ni , lahir dan asalnya dari Bukit Tinggi/Padang. Orang orang Minang ini adalah perantau, dan mereka membawa bersama mereka satu perjuangan yang mewarnai nusantara. Antaranya, selain dari Shamsiah Fakeh, Aishah Ghani, Bung HAMKA dan keluarga Janatton sendiri, walaupun tiada penghargaan dek kerana berhaluan kiri.

Kilang Baja Petronas Fertilizer terhasil dibawah DRM. Idea yang dilahirkan oleh Tok Jed seawal tahun 50-60an dan menjadi kenyataan sekitar 80an, 20 tahun ketinggalan.

Umno akan terus memadam sejarah dengan melakar diri sendiri sebagai pejuang yang sebenar.

Alfatihah untuk Tok Jed.

Latiff Hariri
0700 16092011
Hari Malaysia
LCCT Sepang.

(Bila tersiarnya artikel ini, saya sudah berada di tanah seberang mencari sesuatu untuk mengisi erti sebuah kemerdekaan sebenar, yang cuba dipadam dari sejarah oleh 'mereke-mereka' yang menjadi tali barut British!!)

AZIZ ISHAK PEMBELA RAKYAT MARHAIN

KALIMULLAH DAN AZIZ ISHAK.ANTARA PERANAP NEGARA DAN PROLITARIAT BANGSA !

gambar lelaki melayu di sebelah tunku abdul rahman itu adalah saudara aziz ishak. aziz ishak seorang pejuang marhaen. dia membawa idelisme perjuangan rakyat, rakyat yang hidupnya merempat mahu dibela.
prolitariat aziz ishak adalah bersifat menyeluruh, melayu-melayu yang susah dibantu selagi mampu. era 1950 dan 1960an idealisme perjuangan sosialisme,komunisme,libealisme,fasisme cukup menghantui ide demokrasi. pasca perang dunia pertama dan kedua, dua pertembungan ide muncul. perang dingin mewakili 2 negara besar mentor perjuangan haluan berbeda ini.
namun jangan di salah anggap aziz ishak seoerang pendokong antai demokrasi. dia sekadar memperjuangkan hak bangsa melayu. itu sahaja. bangsa melayu yang bekerja sebagai nelayan,petani,pesawah semuanya dibantu.
aziz ishak dilantik menjadi ketua umno negeri selangor yang pertama, selepas tunku memulakan inisiatif penubuhan keanggotaan umno di setiap negeri. aziz ishak bertapak selepas beliau keluar daripada parti IMP yang di asaskan oleh onn jaafar.semasa kegawatan malayan union, aziz ishak bergerak di atas platform gerakan angkatan pemuda melayu malaya.
1953 aziz ishak memulakan langkah besar perjuangannya. dia dilantik menjadi menteri pertanian dan syarikat kerjasama dalam kabinet tunku. selama hampir 10 tahun , aziz menjuarai perjuangan rakyat,memperjuangkan nasib bangsa melayu yang cukup sempit dan susah.
ide-ide pembukaan tanah-tanah baru pertanian dicanang,pembukaan tali air dan yang paling terkenal pembinaan empangan sungai muda di kedah telah melonjakkan imej negara untuk menjadi sebagai pengeluar beras terutama di rantau asean.
aziz ishak dan tunku punyai dua watak berbeda.seorang pejuang marhaen yang mementingkan perut rakyat manakala tunku masih terus berwatak anak istana yang super britishnya.
pertembungan mereka bermula apabila aziz ishak mengusulkan satu lagi projek membantu bangsa melayu, iaitu pembinaan kilang baja urea dan kertas di negeri sembilan. asas pembinaan kilang besar baja ini adalah untuk mematikan secara terus pengharapan secara langsung bangsa melayu (petani) terhadap syarikat british yang memonopoli perniagaan penting ini.
tunku menolak permintaan ini.aziz ishak membidas maka terjadi persegeseran berbulan-bulan antara perdana menteri dan pak menteri.. klimaks persengketaan dua darajat ini berlaku semasa persidangan agun umno tahun 1962.
aziz ishak dimalukan oleh para penjilat memanda menteri. ada perwakilan mahukan aziz ishak dipecat dari umno dengan talak tiga. akhirnya aziz mengalah.berundur secara terhormat kerana yakin pada perjuangan protaliat nya. aziz ishak digantikan dengan khir johari.
10 oktober 1962 tunku mengambil kata putus. aziz ishak yang bertahun-tahun coba mengenyangkan perut-perut kempis kelaparan bangsa melayu akhirnya dipecat.
hanya kerana cadangan membina kilang baja urea dan kertas ditolak, aziz ishak ditendang. aziz ishak mahu menutup ruang monopoli syarikat-syarikat british di tanah melayu. sayang cita-citanya tidak kesampaian. tunku mendengar cakap mat saleh keparat.
pada oktober 2010 juga syarikat peranap bangsa kepunyaan kalimullah hasan akan tamat kontraknya. dalam siri kronikal pendedahan aku minggu lepas, syarikat kalimullah yang bernama VPI INTERNATIONAL SDN BHD akan tamat kontraknya daripada kerajaan.
kontrak bernilai hampir RM 1billion ini akan tamat pada oktober 2010. aku mohon dan menggesa kerajaan dan LHDN untuk tidak lagi memberikan kepentingan kontrak ini kepada syarikat kalimullah. nor mohamed yakob telah melanggar tatacara pemberian kontrak, apabila dia memberikan/menganugerahkan secara terus kontrak besar ini kepada pengkhianat negara bernama kalimullah hassan !
jika tunku telah melakukan kesilapan dengan memecat aziz ishak pada oktober 1962,maka aku menggesa pihak kerajaan dan LHDN juga melakukan tindakan yang sama.menamatkan kontrak ratusan juta kepunyaan syarikat kalimullah pada oktober tahun ini..!
selepas ini aku akan terus menggodam senarai nama-nama wanted list dalam agenda aku. aku tak peduli samada dia dari umno,pas,pkr hatta agen luar terutamanya dari negara singapork !
ini perjuangan melayu baru ! melayu yang akan perjuangkan hak islam dan hak bangsanya di bumi mada-yo yang bertuah ini ! ayuh bersihkan malaysia daripada pengkhianat agama bangsa dan negara.!
ps:- abang aziz ishak yang bernama yusof ishak adalah presiden singapura yang pert

Sunday, May 12, 2013

NABI NUH SUMERIA DAN NUSANTARA




Ahad, 12 Mei 2013


NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA.



Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.


Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. 
Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di keluarkan hingga sekarang.  
Di kawasan Mediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza  dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba.  
Tetapi pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. 
Bangsa Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.

Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).


Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.

Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya. Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrate
s.


Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME. Di bawah saya sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.


Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.



Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.

Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.

Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.
Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata Oppenheimer.
Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan dari Sumeria menunjukkan adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologi masyarakat Austronesia. Tembikar yang ditemukan di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria, menunjukkan beberapa persamaan dengan tembikar kelompok masyarakat Austronesia di Asia Tenggara seperti penggunaan cat warna merah. Begitu juga, dengan penemuan patung-patung dengan cacah atau tato yang mirip dengan cacah kita. Seni membuat cacah alias tato itu adalah ciri-ciri khas Austronesia. Tidak hanya teknologi yang disebarkan para penduduk Nusantara ribuan tahun silam ke berbagai penjuru dunia, tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik Gilgamesh, iaitu kisah banjir besar Sumeria yang memiliki pesramaan dengan banjir Nuh, menurut Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya Dataran Sunda di wilayah Nusantara dahulu kala.


Sejak dua abad yang lalu, cerita banjir Nabi Nuh adalah satu-satunya legenda tentang banjir besar yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi banjir besar, yang sebahagian kisahnya  sangat mirip kisah Nabi Nuh, dalam dunia moden apabila tablet-tablet tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan Sumeria, ditemukan di Irak oleh Hormuzd Rassam pada 1853. Tablet-tablet itu pertama kali diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal 1870. Tablet itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita itu, Gilgamesh bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengaku telah selamat dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat naik perahu besar. Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologis Inggeris lain, seperti Sir Leonard Woolley, pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih mengetahui samaada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan dari al Quran.
Tetapi tidak boleh tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan bukti semasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin dunia telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah bahtera Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga mendapat kepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besar suatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas puncak gunung. Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuh maka kita makin dekat dengan konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam! Mengapa saya berkata sedemikian? Adakah saya naik kerasukan? Oh...tidak anda jangan terburu-buru kerana masih banyak yang harus kita bincangkan, jangan lari, saya bukan gila isim...:)

Sebenarnya para pembaca sekalian baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan antropologi dari dua negara, iaitu  China dan Turki, seramai 15 orang, yang juga merakam film dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh AS itu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil berupa serpihan kayu kapal, dan paku. Hasil kajian makmal Noah’s Ark Ministries International, China-Turki, setelah melakukan ujian material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS  sebenarnya berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa!
Saintis China ini menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi!
Mereka telah meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, dan memastikan, bahawa fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 peratus tepat dengan sample fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS. Mereka meyakini 99 peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil Kapal Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier di kedua-dua kutub. Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteri dunia dan rahsia Allah itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Allah swt menempatkan umat Islam teramai di dunia di Kawasan Nusantara! Rupanya tanah bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelum kewujudan Bani Israel. Samaada hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui.
Inilah pohon kayu Jati yang terkenal di Nusantara.


Namun kisah ini tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir besar, yang lebih memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh ini bukanlah satu-satunya kisah tentang air bah besor. Beberapa kisah yang serupa mulai ter-identifikasi di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan. Ini semua dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh mungkin berasal dari Nusantara. Di Wales misalnya, sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu dengan England ada kisah mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan seluruh daratan kecuali Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpa tiang dan kembali mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang binatang dari setiap makhluk yang hidup.
Di Tahiti, misalnya, ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh hari. Apa yang jelas ia bukan tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah itu, kerana lamanya sampai 10 hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi di Taiwan, memiliki ciri yang sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan Austro-Asiatik di India Timur. Kisahnya tentang banjir yang singkat, menyelamatkan diri dengan kotak kayu, mendarat di gunung, dan pembiakan orang yang selamat. Tetapi ada sesuatu yang merunsingkan saya, Ianya adalah mengenai asal usul-Nabi Nuh itu sendiri. Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk mencari titik mula perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Nusantara. Persoalannya disini sama ada benar ataupun tidak Nabi Nuh itu rumpun Austronesia? Jika benara maka misteri persamaan bahasa diantara Sumeria dan Nusantara Austronesia telah terjawab. Mereka adalah daripada Induk bangsa yang sama.
Para jiggers dan readers sekalian, sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa Sumeria mempunyai satu lagenda mengenai kedatangan seorang pendita berbentuk makhluk dua alam dari timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-plate tinggalan mereka ianya berbentuk seakan-akan reptilian seperti biawak atau buaya, namun sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya ianya adalah NAGA! Menurut riwayat pendita ini datang dari arah laut di timur dengan berenang dari lautan Hindi. Dalam lagenda mereka juga pendeta ini dikatakan pendatang dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah ini bertujuan untuk mengajar sesuatu ilmu spritual kepada orang-orang Sumer. Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini Oppenheimer telah memberikan satu senarai yang panjang mengenai mitos-mitos masyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara umumnya yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara atau Nusantara. 
Pendita dari timur ini bernama Annunaki!


 Dalam lagenda ini juga pendatang dari timur ini sering digambarkan sebagai sesuatu yang baik dan positif namun ada juga gambaran yang negatif. Menurut pengkaji, terdapatnya konflik yang wujud diantara dua kelompok pendatang yang singgah di Sumeria ini. Dalam the Book of Enoch, dua kelompok pendatang dari timur ini dikatakan telah berperang sesama mereka. Sebagai contohnya dalam tradisi lagenda masyarakat Yahudi pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan hak perdagangan dan perniagaan yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawa pendita dari timur ini juga turut memperkenalkan konsep perdagangan dan perniagaan kepada mereka.


 Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan siput cowry dan lingkaran siput yang dikerat sebagai matawang Sumeria awal sepertimana yang digunakan oleh masyarakat Austronesia. Apa yang lebih mengejutkan ialah cara ia digunakan juga sama dengan orang Austronesia iaitu ianya ditebuk lubang dan dijadikan sebagai rantai atau gelang untuk dibawa ketika membeli. Persamaan ini tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan kerana bangsa lain di sekitar Mesopotamia tidak mempunyai matawang seperti itu. Sehingga sekarang para pengkaji masih bingung apakah barangan yang didagangkan orang Sumer dengan Dilmun. Namun produk kayu atau balak adalah salah satu komoditi yang dapat dipastikan.
Siput yang dikerat hujungnya.

Dalam catatan Yahudi kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangan diantara para pedagang Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari sebuah tempat yang jauh ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut mengambil masa selama tiga tahun dengan menaiki kapal. Para pengkaji moden telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan kayu Almug tersebut dan kebanyakan dari mereka mengatakan ia adalah kayu Jati atau Gaharu atau mana-mana jenis kayu wangi yang lain yang berasal dari kawasan tropika. Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan besar adalah permulaan kepada munculnya perdagangan rempah ratus dari timur. Apa yang pasti dalam banyak petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan sebagai sebuah tempat yang penuh dengan kayu-kayu wangi dan dinamakan The Land of Aromatics.


Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini. Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.
Dewi Innana.


Sepertimana orang-orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap bintang, konsep ilmu ini juga adalah sama dikalangan masyarakat polinesia. Hal ini amat memeranjatkan para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa orang Nusantara termasuk Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria. Perhubungan diantara Sumeria dan Nusantara ini sudah pasti berlansung dalam jangka waktu yang amat lama sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam diantara kedua-dua bangsa ini seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candi penataran dan kewujudan persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.
Selain daripada bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan terdapat juga bukti dari segi anthropologi dan genetic. Saintis yang telah membuat kajian menegnai rangka dan tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa mereka mempunyai dahi yang agak luas, tulang hidung yang lebar dan besar serta struktur bibir bawah yang tebal. Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada dalam golongan Astroloid yakni sama seperti tengkorak orang-orang Austrik dan Austronesia.
Nah, saudara pembaca yang budiman sekalian. Daripada perbincangan yang saya bentangkan ini maka ada beberapa perkara pokok yang tidak harus kita terlepas pandang. Yang pertama adalah adanya hubungan dagang diantara masyarakat Nusantara dengan Sumeria sejak awal tamadun itu berasas lagi. Yang kedua adalah terdapatnya bukti-bukti yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepas banjir berkemungkinan besar bermula di Nusantara. Hal ini diperkukuhkan dengan penemuan penggunaan kayu jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh.
Apa yang penting bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatu kebetulan kerana terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan dintara bangsa Austronesia Nusantara dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini yakni Sumeria. Namun adakah semua persoalan tentang Sumeria-Nusantara ini akan tertutup dan berakhir disini sahaja? Oh tidak tuan puan sekalian, masih banyak lagi yang perlu dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu awal untuk kita berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang. Oleh itu saya sebagai penulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka dengan lebih luas lagi pintu Alters Terahsia Bangsa Melayu ini. Sekian Wallah hu a’lam.

Selasa, 7 Mei 2013


ORANG SUMERIAN DI NUSANTARA





Assalmu'alaikum Semua, selamat sejahtera dan sihat diharapnye. kali ini Saya mahu posting sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita. Ianya adalah sambungan perjalanan kita ke Candi Penataran tempoh hari. Banyak bukti sejarah menyatakan bahwa peradaban kita dahulu zaman nenek moyang kita, berkemungkinan jauh lebih maju dari pada apa yang banyak orang ketahui. Salah satu yang mungkin boleh dijadikan bukti adalah dengan adanya Candi Cetho. moh... kita mengembara ke alam misteri.
Candi Cetho terletak di lereng Gunung Lawu, berada di Dusun Ceto, Desa Gumeng, Kecamatan Jenawi, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, pada ketinggian 1400 m di atas permukaan laut. dulu saya ada menyentuh tentang candi ini dalam artikel saya mengenai pembina piramid di Nusantara. ya...candi ini berbentuk piramid. saling tak tumpah seperti piramid kaum Mayan dan Aztec.









Beberapa arkeologis Indonesia mengatakan bahawa Candi Cetho dibuat pada zaman Majapahit, tepatnya pada masa pemerintahan Prabu Brawijaya ke V. Jika memang demikian maka ada banyak keganjilan yang patut dipertanyakan. Antara lain, batu candi yang terbuat dari batu kali, padahal pada era Majapahit, batu candi dibuat dari batu bata merah. Pelik bukan? Kemudian, dilihat dari bentuk relief di Candi Cetho, tahap ketepatan dan kerapian pemahatannya masih sangat sederhana. Tidak seperti di era Majapahit yang jauh lebih detail menggambarkan figurin-figurin patung ataupun relief yg cantik. Hal ini mengindikasikan usia Candi Cetho  lebih tua dari era Majapahit.






Demikian juga patung-patung yang ada di Candi Cetho banyak menunjukkan klu yang jauh lebih tua dari zaman Majapahit. Ada beberapa patung yang tidak menggambarkan orang Jawa yang ada pada masa itu, patung tersebut justru lebih mirip dengan rupa orang Sumeria. Padahal kebudayaan Sumeria dikatakan sebagai kebudayaan tertua di dunia dan berada jauh dari sini...ini satu lagi kepelikan yang tak mungkin terjawab. Selain itu ada dikalangan ahli arkeologi Indonesia yang juga pengamal ilmu kebatinan dan p-aranormal mengatakan mereka dapat mengesan satu gelombang yang terpancar terus dari puncak piramid tersebut. Dikatakan Nasa juga telah berjaya merakamkan cahaya putih keluar dari tempat yang sama suatu ketika dahulu. samaada benar atau tidak wallah hu a'lam.

Dari  wajah dan potongan rambutnya tidak lansung menunjukkan orang Jawa tetapi memiliki kesamaan dengan orang Sumeria, Viking, Romawi, atau Yunani. Namun dari sisi pembentukan mata sangat serupa dengan patung Sumeria.








Dari wajah dan cara berpakaian serta perhiasan yang dikenakan bukan ciri orang Jawa
melainkan ciri khas tamadun Sumeria, tetapi mengapa patung ini ada disini?





Bila diperhatikan dari sigi perhiasan, untuk telinga biasanya orang Jawa menggunakan
Sumping, sedangkan pada patung ini hanya menggunakan anting-anting. Pada lengan tangan
biasanya menggunakan kelat bahu dan pada patung ini tidak, juga pergelangan tangan orang
awa biasanya memakai gelang keroncong, tetapi pada patung ini terlihat menggunakangelang yang sangat mirip dengan jam tangan, gelang sejenis ini merupakan gelang ciri khas dari tamadun Sumeria.









Pada gambar di atas merupakan gambar  orang Sumeria yang di ambil dari internet. Dalam gambar tersebut terlihat bahawa bentuk perhiasannya  seperti yang terlihat dipatung yang ada di Candi Cetho. Kebiasaan di Sumeria, perhiasan berupa gelang menyerupai jam tangan, hanya digunakan oleh mereka yang dari kalangan bangsawan dan ksatria. Begitu juga dengan bentuk mahkota, rambut dan janggut yang serupa, dari sudut cara berpakaian agak lain dengan yang di gambar ini. Namun bentuk mata sangat mirip, kerana digambarkan mata yang besar dan lebar.












 
Bila kita perhatikan lebih jauh, mengapa ada patung yang pada dasarnya sangat mirip dengan orang Sumeria di Candi Cetho. Sedangkan orang Sumeria yang menggunakan pakaian seperti itu menurut sejarah ada di zaman 3000 - 4000 tahun sebelum Masehi. Kalau mereka dikatakan manusia pertama yang mempunyai peradaban dan tata sosial yang sudah bagus, mengapa mereka melutut di Candi Cetho ?.Jadi adakah bangsa kita tidak ada peradaban pada waktu itu ataukah peradaban kita sudah lebih maju dari mereka ? Atau mungkin peradaban yang mereka kecapi dicedok dari kita?


Selain kaitannya dengan orang Sumeria, pada relief di Candi Cetho juga tergambar ukiran prajurit Jawa di mana gambar tersebut juga terdapat di relief yang ada di Candi Sukuh dan di Villahermosa, Mexico. Sekali lagi kita perhatikan, patung yang diduga adalah orang Sumeria yang berada di Candi Cetho dengan sebuah relief yang berada di Monte Alban, Qaxaca, Mexico yang menunjukkan sebuah kemiripan. WTF!!...huh sorry..:)




Pada kedua gambar di atas, kedua-duanya tergambar orang yang sedang dalam ketakutan, dan menyembah atau menghormati seseorang. Apakah hubungan peradaban bangsa kita dengan peradaban bangsa Maya atau Inca di Amerika Latin dalam menghadapi bangsa Sumeria ?


Begitu juga beberapa patung yang terdapat pada Candi Sukuh yang letaknya tak jauh dari kompleks Candi Cetho yang sama-sama terletak di lereng Gunung Lawu dengan ketinggian 1186 m diatas permukaan laut, berada di Dusun Berjo, Desa Sukuh, Kecamatan Ngargoyoso, KabupatenKaranganyar, Jawa Tengah. Candi Sukuh sebuah candi dengan bangunan yang unik, karena terdapat kesamaan bentuk dengan bangun-bangunan yang ada di Saqqara Mesir, Chichen Itza dan Tenochticlan di Mexico, serta Copan di Honduras. Selain itu apa yang menariknya adalah candi ini seperti juga Candi-candihebat lain seperti Borobudur dan Prambanan ianya dijumpai oleh peminat tegar sejarah Nusantara Sir Thomas Stamford Raflles pada tahun 1815 pada dalan masa pengumpulan data untuk penulisan buku “The History of Java.”. Yang saya tahu beliau adalah seorang Masonic...puzzle disini.




Selain itu terdapat patung yang sekilas mirip makhluk Hindu Jatayu, dalam legenda Jawa Hindu yang digambarkan sebagai manusia garuda. Perdebatan kembali muncul dengan perbezaan-perbezaan dalam pakaian dan tutup kepala. Ternyata banyak yang menilai bahwa makhluk tersebut lebih dekat dengan Annunaki atau Pazuzu dalam tamadun Sumeria daripada bentuk Jatayu.

Melalui kajian dan penemuan yang telah dibuat ini saya ingin memberikan satu hipotesis mengapa wujud keganjilan-keganjilan ini. Pertama sekali kita perlu ingat bahawa masyarakat nusantara atau Austronesia adalah pelaut yang unggul. Setiap pelaut yang unggul perlu ada ilmu tentang navigasi. Ilmu navigasi yang terdapat pada para pelaut ini diperolehi dengan membuat pemerhatian terhadap langit, yakni bulan, bintang malahan planet. Pengetahuan ini semuanya memerlukan pengiraan matematik yang jitu. Oleh itu seorang pelaut selain jadi jurumudi dia juga ahli astronomi dan matematik. Mereka juga mahir dalam membina bangunan dari batu dengan ketepatan ukuran yang menakjubkan. lihat sahaja Borobudur dan Prambanan.


Sekarang anda fikir sendiri, bagaimana suku kaum yang tinggal di tengah-tengah hutan belantara dan padang pasiaq pelajari ilmu-ilmu ini? sebenarnya mereka telah beri kita banyak klu.Satu klu yang tak boleh kita terlepas pandang ialah kebanyakan tamadun-tamadun hebat ini mengaku bahawa ketamadunan dan ilmu-ilmu sains dan matematik yang mereka ada diperolehi dari orang luar atau orang asing yang mengajarkan kepada mereka!Siapakah orang asing ini!....ini misteri yang perlu anda fikirkan sendiri:) Dalam kajian yang dilaksanakan oleh beberapa  ahli antrophologi dan , didapati bahawa terdapatnya ras Austrik atau satu ras yang termasuk dalam ras Austronesia dalam DNA orang Sumeria. Mana datang ras ini sedangkan mereka dalam kelompok Assyrian. Selain itu siapa annunaki si makhluk yang bermuka macam naga tapi berbadan manusia! ini satu lagi kepelikan yang berlaku dalam setiap tamadun-tamadun purba yang hebat seperti Mayan dan Sumerian. Kedua-dua tamadun ini menyatakan adanya kedatangan orang luar atau makhluk lain yang digarbarkan seperti ular, biawak, buaya atau....NAGA!




Nah... ternyata begitu banyak misteri yang tersimpan tentang peradaban akan nenek moyang kita, tidak hanya dari segi budaya, dari bidang senibina pun nenek moyang kita tidak kalah dengan bangsa-bangsa lain di dunia, maka sepatutnya kita bangga dan menjadikan pelajaran buat kita, jangan sampai kita kalah dengan nenek moyang kita, yang hidup dizaman yang teknologinya masih minimum tapi mereka mampu menciptakan pelbagai karya besar untuk perkembangan di masa mendatang. Adakah mereka ini yang dibangga-banggakan sebagai Mastermason oleh orang-orang Freemason dan illuminati? adakah dari peradaban nenek moyang kita orang Yahudi zionis askenazi mendapat ilham dan motivasi untuk menguasai dunia. Ini semua hanya teori, dan setiap teori ada kelemahan masing-masing. Namun tidak boleh tidak kita harus cuba dan terus mencuba mencari kebenaran disebalik segala misteri ini...hal ini kerana ianya adalah warisan nenek moyang kita. jika bukan kita siapa lagi. we are son's of the Eden! sekian wallah'hu a'lam.
 Khas untuk Cik Inner circle..:)