Sunday, May 12, 2013

NABI NUH SUMERIA DAN NUSANTARA




Ahad, 12 Mei 2013


NABI NUH, SUMERIA DAN AUSTRONESIA.



Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.


Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. 
Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di keluarkan hingga sekarang.  
Di kawasan Mediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza  dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba.  
Tetapi pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. 
Bangsa Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.

Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).


Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.

Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya. Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrate
s.


Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME. Di bawah saya sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.


Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.



Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.

Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.

Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.
Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata Oppenheimer.
Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Oppenheimer melihat beberapa penemuan dari Sumeria menunjukkan adanya persamaan dengan kebudayaan atau teknologi masyarakat Austronesia. Tembikar yang ditemukan di Ur, yakni salah satu kota tua Sumeria, menunjukkan beberapa persamaan dengan tembikar kelompok masyarakat Austronesia di Asia Tenggara seperti penggunaan cat warna merah. Begitu juga, dengan penemuan patung-patung dengan cacah atau tato yang mirip dengan cacah kita. Seni membuat cacah alias tato itu adalah ciri-ciri khas Austronesia. Tidak hanya teknologi yang disebarkan para penduduk Nusantara ribuan tahun silam ke berbagai penjuru dunia, tetapi juga mitologi kisah banjir. Sebagai contoh Epik Gilgamesh, iaitu kisah banjir besar Sumeria yang memiliki pesramaan dengan banjir Nuh, menurut Oppenheimer, bertitik-bertolak dari kisah tenggelamnya Dataran Sunda di wilayah Nusantara dahulu kala.


Sejak dua abad yang lalu, cerita banjir Nabi Nuh adalah satu-satunya legenda tentang banjir besar yang dikenali dunia mutakhir. Munculnya mitologi banjir besar, yang sebahagian kisahnya  sangat mirip kisah Nabi Nuh, dalam dunia moden apabila tablet-tablet tulisan huruf paku, semacam buku dari kerajaan Sumeria, ditemukan di Irak oleh Hormuzd Rassam pada 1853. Tablet-tablet itu pertama kali diterjemahkan oleh arkeologis Inggeris, George Smith, pada awal 1870. Tablet itu berisi kisah Gilgamesh, seorang Raja Sumeria. Dalam cerita itu, Gilgamesh bertemu dengan Utnapishtim di negeri timur yang mengaku telah selamat dari banjir besar yang melanda negerinya kerana dia sempat naik perahu besar. Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologis Inggeris lain, seperti Sir Leonard Woolley, pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih mengetahui samaada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan dari al Quran.
Tetapi tidak boleh tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan bukti semasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin dunia telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah bahtera Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga mendapat kepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besar suatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas puncak gunung. Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuh maka kita makin dekat dengan konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam! Mengapa saya berkata sedemikian? Adakah saya naik kerasukan? Oh...tidak anda jangan terburu-buru kerana masih banyak yang harus kita bincangkan, jangan lari, saya bukan gila isim...:)

Sebenarnya para pembaca sekalian baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan antropologi dari dua negara, iaitu  China dan Turki, seramai 15 orang, yang juga merakam film dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh AS itu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil berupa serpihan kayu kapal, dan paku. Hasil kajian makmal Noah’s Ark Ministries International, China-Turki, setelah melakukan ujian material fosil kayu oleh ahli tanaman purba, menunjukan bukti yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS  sebenarnya berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa!
Saintis China ini menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi!
Mereka telah meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, dan memastikan, bahawa fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 peratus tepat dengan sample fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS. Mereka meyakini 99 peratus, bahwa tapak kapal di Gunung Ararat, Turki adalah merupakan fosil Kapal Nuh yang ribuan tahun lalu terdampar di puncak gunung itu, setelah banjir besar menenggelamkan dunia dalam peristiwa mencairnya glisier di kedua-dua kutub. Daripada kajian ini maka jelas kepada kita bahawa misteri dunia dan rahsia Allah itu tidak semudah yang kita sangka. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Allah swt menempatkan umat Islam teramai di dunia di Kawasan Nusantara! Rupanya tanah bertuah ini adalah tanah para Nabi sebelum kewujudan Bani Israel. Samaada hipotesis saya ini benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui.
Inilah pohon kayu Jati yang terkenal di Nusantara.


Namun kisah ini tidak berakhir disitu. Berbalik kepada topik banjir besar, yang lebih memeranjatkan lagi bahawa kisah Utnapishtim atau banjir Nuh ini bukanlah satu-satunya kisah tentang air bah besor. Beberapa kisah yang serupa mulai ter-identifikasi di seluruh dunia dan ini memeranjatkan para sejarawan. Ini semua dapat mengukuhkan lagi bukti bahawa Nabi Nuh mungkin berasal dari Nusantara. Di Wales misalnya, sebuah negeri kecil yang pemerintahannya menyatu dengan England ada kisah mengenai tasik Llion yang menyembur dan membanjirkan seluruh daratan kecuali Dwyfan dan Dwyfach. Mereka selamat dengan kapal tanpa tiang dan kembali mendiami Pulau Pridain (Britania). Kapal itu berisi sepasang binatang dari setiap makhluk yang hidup.
Di Tahiti, misalnya, ada kisah banjir setinggi gunung, selama sepuluh hari. Apa yang jelas ia bukan tsunami, yang mungkin sudah dikenali di daerah itu, kerana lamanya sampai 10 hari. Manakala suku Ami, salah satu suku pribumi di Taiwan, memiliki ciri yang sama dengan dongeng di Tibet-Burma dan Austro-Asiatik di India Timur. Kisahnya tentang banjir yang singkat, menyelamatkan diri dengan kotak kayu, mendarat di gunung, dan pembiakan orang yang selamat. Tetapi ada sesuatu yang merunsingkan saya, Ianya adalah mengenai asal usul-Nabi Nuh itu sendiri. Seperti yang anda tahu perbincangan ini adalah untuk mencari titik mula perkaitan diantara Orang Sumeria dengan Nusantara. Persoalannya disini sama ada benar ataupun tidak Nabi Nuh itu rumpun Austronesia? Jika benara maka misteri persamaan bahasa diantara Sumeria dan Nusantara Austronesia telah terjawab. Mereka adalah daripada Induk bangsa yang sama.
Para jiggers dan readers sekalian, sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa Sumeria mempunyai satu lagenda mengenai kedatangan seorang pendita berbentuk makhluk dua alam dari timur. Makluk ini jika dilihat pada Plate-plate tinggalan mereka ianya berbentuk seakan-akan reptilian seperti biawak atau buaya, namun sejak kali pertama saya melihatnya saya percaya ianya adalah NAGA! Menurut riwayat pendita ini datang dari arah laut di timur dengan berenang dari lautan Hindi. Dalam lagenda mereka juga pendeta ini dikatakan pendatang dari Dilmun atau Eden yakni tanah bertuah ini bertujuan untuk mengajar sesuatu ilmu spritual kepada orang-orang Sumer. Seperti yang telah saya paparkan sebelum ini Oppenheimer telah memberikan satu senarai yang panjang mengenai mitos-mitos masyarakat Mesopotamia dan Asia Barat secara umumnya yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara atau Nusantara. 
Pendita dari timur ini bernama Annunaki!


 Dalam lagenda ini juga pendatang dari timur ini sering digambarkan sebagai sesuatu yang baik dan positif namun ada juga gambaran yang negatif. Menurut pengkaji, terdapatnya konflik yang wujud diantara dua kelompok pendatang yang singgah di Sumeria ini. Dalam the Book of Enoch, dua kelompok pendatang dari timur ini dikatakan telah berperang sesama mereka. Sebagai contohnya dalam tradisi lagenda masyarakat Yahudi pertelingkahan berlaku kerana faktor perebutan hak perdagangan dan perniagaan yang tidak jujur. Hal ini menunjukkan bahawa pendita dari timur ini juga turut memperkenalkan konsep perdagangan dan perniagaan kepada mereka.


 Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan siput cowry dan lingkaran siput yang dikerat sebagai matawang Sumeria awal sepertimana yang digunakan oleh masyarakat Austronesia. Apa yang lebih mengejutkan ialah cara ia digunakan juga sama dengan orang Austronesia iaitu ianya ditebuk lubang dan dijadikan sebagai rantai atau gelang untuk dibawa ketika membeli. Persamaan ini tidak boleh dikatakan sebagai kebetulan kerana bangsa lain di sekitar Mesopotamia tidak mempunyai matawang seperti itu. Sehingga sekarang para pengkaji masih bingung apakah barangan yang didagangkan orang Sumer dengan Dilmun. Namun produk kayu atau balak adalah salah satu komoditi yang dapat dipastikan.
Siput yang dikerat hujungnya.

Dalam catatan Yahudi kuno ada menyatakan tentang hubungan perdagangan diantara para pedagang Pheonicia yang membawa kayu dinamakan Almug dari sebuah tempat yang jauh ketimur. Menurut catatan itu lagi perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut mengambil masa selama tiga tahun dengan menaiki kapal. Para pengkaji moden telah cuba mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan kayu Almug tersebut dan kebanyakan dari mereka mengatakan ia adalah kayu Jati atau Gaharu atau mana-mana jenis kayu wangi yang lain yang berasal dari kawasan tropika. Perdagangan kayu-kayuan ini berkemungkinan besar adalah permulaan kepada munculnya perdagangan rempah ratus dari timur. Apa yang pasti dalam banyak petitih-petitih kuno Asia Barat, Dilmun digambarkan sebagai sebuah tempat yang penuh dengan kayu-kayu wangi dan dinamakan The Land of Aromatics.


Dari sudut keagamaan pula, dalam masyarakat Polinesia, dewi bulan mereka dinamakan sebagai Ina atau dalam bahasa Samoa Hina dan Hawai sebagai Wahine. Perkataan wanita dan betina juga dikatakan berasal daripada nama ini. Apa yang menarik adalah, dalam masyarakat Sumeria Inana merupakan nama bagi dewa bulan mereka! Hal ini menunjukkan wujud persamaan yang amat ketara. Tablet yang bertulis nama inana ini ditemui arkeologis dan dipercayai berumur lebih 10 ribu tahun. Malah bukan itu sahaja. Kebanyakan daripada mitos kedewaan dan nama-nama dewa masyarakat Sumeria adalah mempunyai persamaan dengan nama-nama dan kisah dewa dewi orang Polinesia.
Dewi Innana.


Sepertimana orang-orang Sumeria yang sangat mahir dalam ilmu cerap bintang, konsep ilmu ini juga adalah sama dikalangan masyarakat polinesia. Hal ini amat memeranjatkan para pengkaji barat. Ini mengukuhkan lagi teori bahawa orang Nusantara termasuk Polinesia adalah pembawa tamadun kuno ke Sumeria. Perhubungan diantara Sumeria dan Nusantara ini sudah pasti berlansung dalam jangka waktu yang amat lama sehinggakan terdapatnya kesan-kesan yang dalam diantara kedua-dua bangsa ini seperti kewujudan patung orang Sumeria di Candi penataran dan kewujudan persamaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Sumeria.
Selain daripada bukti-bukti, keagamaan dan mitos serta kebudayaan terdapat juga bukti dari segi anthropologi dan genetic. Saintis yang telah membuat kajian menegnai rangka dan tengkorak orang Sumeria dikatakan bahawa mereka mempunyai dahi yang agak luas, tulang hidung yang lebar dan besar serta struktur bibir bawah yang tebal. Ciri-ciri ini dikelasifikasikan mereka berada dalam golongan Astroloid yakni sama seperti tengkorak orang-orang Austrik dan Austronesia.
Nah, saudara pembaca yang budiman sekalian. Daripada perbincangan yang saya bentangkan ini maka ada beberapa perkara pokok yang tidak harus kita terlepas pandang. Yang pertama adalah adanya hubungan dagang diantara masyarakat Nusantara dengan Sumeria sejak awal tamadun itu berasas lagi. Yang kedua adalah terdapatnya bukti-bukti yang menyokong bahawa permulaan tamadun selepas banjir berkemungkinan besar bermula di Nusantara. Hal ini diperkukuhkan dengan penemuan penggunaan kayu jati dari Jawa dalam pembinaan bahtera Nabi Nuh.
Apa yang penting bahawa kita perlu yakin bahawa semua ini bukanlah suatu kebetulan kerana terlalu banyak persamaan yang dapat kita berikan dintara bangsa Austronesia Nusantara dengan satu bangsa yang misteri dari Iraq ini yakni Sumeria. Namun adakah semua persoalan tentang Sumeria-Nusantara ini akan tertutup dan berakhir disini sahaja? Oh tidak tuan puan sekalian, masih banyak lagi yang perlu dibongkar, terlalu banyak lagi yang harus dikaji, masih terlalu awal untuk kita berpuas hati dengan bukti yang kita ada sekarang. Oleh itu saya sebagai penulis, menyeru para pembaca yang budiman sekalian supaya bersama-sama untuk memecahkan kebuntuan dan misteri ini supaya dapat kita membuka dengan lebih luas lagi pintu Alters Terahsia Bangsa Melayu ini. Sekian Wallah hu a’lam.

Selasa, 7 Mei 2013


ORANG SUMERIAN DI NUSANTARA





Assalmu'alaikum Semua, selamat sejahtera dan sihat diharapnye. kali ini Saya mahu posting sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita. Ianya adalah sambungan perjalanan kita ke Candi Penataran tempoh hari. Banyak bukti sejarah menyatakan bahwa peradaban kita dahulu zaman nenek moyang kita, berkemungkinan jauh lebih maju dari pada apa yang banyak orang ketahui. Salah satu yang mungkin boleh dijadikan bukti adalah dengan adanya Candi Cetho. moh... kita mengembara ke alam misteri.
Candi Cetho terletak di lereng Gunung Lawu, berada di Dusun Ceto, Desa Gumeng, Kecamatan Jenawi, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, pada ketinggian 1400 m di atas permukaan laut. dulu saya ada menyentuh tentang candi ini dalam artikel saya mengenai pembina piramid di Nusantara. ya...candi ini berbentuk piramid. saling tak tumpah seperti piramid kaum Mayan dan Aztec.









Beberapa arkeologis Indonesia mengatakan bahawa Candi Cetho dibuat pada zaman Majapahit, tepatnya pada masa pemerintahan Prabu Brawijaya ke V. Jika memang demikian maka ada banyak keganjilan yang patut dipertanyakan. Antara lain, batu candi yang terbuat dari batu kali, padahal pada era Majapahit, batu candi dibuat dari batu bata merah. Pelik bukan? Kemudian, dilihat dari bentuk relief di Candi Cetho, tahap ketepatan dan kerapian pemahatannya masih sangat sederhana. Tidak seperti di era Majapahit yang jauh lebih detail menggambarkan figurin-figurin patung ataupun relief yg cantik. Hal ini mengindikasikan usia Candi Cetho  lebih tua dari era Majapahit.






Demikian juga patung-patung yang ada di Candi Cetho banyak menunjukkan klu yang jauh lebih tua dari zaman Majapahit. Ada beberapa patung yang tidak menggambarkan orang Jawa yang ada pada masa itu, patung tersebut justru lebih mirip dengan rupa orang Sumeria. Padahal kebudayaan Sumeria dikatakan sebagai kebudayaan tertua di dunia dan berada jauh dari sini...ini satu lagi kepelikan yang tak mungkin terjawab. Selain itu ada dikalangan ahli arkeologi Indonesia yang juga pengamal ilmu kebatinan dan p-aranormal mengatakan mereka dapat mengesan satu gelombang yang terpancar terus dari puncak piramid tersebut. Dikatakan Nasa juga telah berjaya merakamkan cahaya putih keluar dari tempat yang sama suatu ketika dahulu. samaada benar atau tidak wallah hu a'lam.

Dari  wajah dan potongan rambutnya tidak lansung menunjukkan orang Jawa tetapi memiliki kesamaan dengan orang Sumeria, Viking, Romawi, atau Yunani. Namun dari sisi pembentukan mata sangat serupa dengan patung Sumeria.








Dari wajah dan cara berpakaian serta perhiasan yang dikenakan bukan ciri orang Jawa
melainkan ciri khas tamadun Sumeria, tetapi mengapa patung ini ada disini?





Bila diperhatikan dari sigi perhiasan, untuk telinga biasanya orang Jawa menggunakan
Sumping, sedangkan pada patung ini hanya menggunakan anting-anting. Pada lengan tangan
biasanya menggunakan kelat bahu dan pada patung ini tidak, juga pergelangan tangan orang
awa biasanya memakai gelang keroncong, tetapi pada patung ini terlihat menggunakangelang yang sangat mirip dengan jam tangan, gelang sejenis ini merupakan gelang ciri khas dari tamadun Sumeria.









Pada gambar di atas merupakan gambar  orang Sumeria yang di ambil dari internet. Dalam gambar tersebut terlihat bahawa bentuk perhiasannya  seperti yang terlihat dipatung yang ada di Candi Cetho. Kebiasaan di Sumeria, perhiasan berupa gelang menyerupai jam tangan, hanya digunakan oleh mereka yang dari kalangan bangsawan dan ksatria. Begitu juga dengan bentuk mahkota, rambut dan janggut yang serupa, dari sudut cara berpakaian agak lain dengan yang di gambar ini. Namun bentuk mata sangat mirip, kerana digambarkan mata yang besar dan lebar.












 
Bila kita perhatikan lebih jauh, mengapa ada patung yang pada dasarnya sangat mirip dengan orang Sumeria di Candi Cetho. Sedangkan orang Sumeria yang menggunakan pakaian seperti itu menurut sejarah ada di zaman 3000 - 4000 tahun sebelum Masehi. Kalau mereka dikatakan manusia pertama yang mempunyai peradaban dan tata sosial yang sudah bagus, mengapa mereka melutut di Candi Cetho ?.Jadi adakah bangsa kita tidak ada peradaban pada waktu itu ataukah peradaban kita sudah lebih maju dari mereka ? Atau mungkin peradaban yang mereka kecapi dicedok dari kita?


Selain kaitannya dengan orang Sumeria, pada relief di Candi Cetho juga tergambar ukiran prajurit Jawa di mana gambar tersebut juga terdapat di relief yang ada di Candi Sukuh dan di Villahermosa, Mexico. Sekali lagi kita perhatikan, patung yang diduga adalah orang Sumeria yang berada di Candi Cetho dengan sebuah relief yang berada di Monte Alban, Qaxaca, Mexico yang menunjukkan sebuah kemiripan. WTF!!...huh sorry..:)




Pada kedua gambar di atas, kedua-duanya tergambar orang yang sedang dalam ketakutan, dan menyembah atau menghormati seseorang. Apakah hubungan peradaban bangsa kita dengan peradaban bangsa Maya atau Inca di Amerika Latin dalam menghadapi bangsa Sumeria ?


Begitu juga beberapa patung yang terdapat pada Candi Sukuh yang letaknya tak jauh dari kompleks Candi Cetho yang sama-sama terletak di lereng Gunung Lawu dengan ketinggian 1186 m diatas permukaan laut, berada di Dusun Berjo, Desa Sukuh, Kecamatan Ngargoyoso, KabupatenKaranganyar, Jawa Tengah. Candi Sukuh sebuah candi dengan bangunan yang unik, karena terdapat kesamaan bentuk dengan bangun-bangunan yang ada di Saqqara Mesir, Chichen Itza dan Tenochticlan di Mexico, serta Copan di Honduras. Selain itu apa yang menariknya adalah candi ini seperti juga Candi-candihebat lain seperti Borobudur dan Prambanan ianya dijumpai oleh peminat tegar sejarah Nusantara Sir Thomas Stamford Raflles pada tahun 1815 pada dalan masa pengumpulan data untuk penulisan buku “The History of Java.”. Yang saya tahu beliau adalah seorang Masonic...puzzle disini.




Selain itu terdapat patung yang sekilas mirip makhluk Hindu Jatayu, dalam legenda Jawa Hindu yang digambarkan sebagai manusia garuda. Perdebatan kembali muncul dengan perbezaan-perbezaan dalam pakaian dan tutup kepala. Ternyata banyak yang menilai bahwa makhluk tersebut lebih dekat dengan Annunaki atau Pazuzu dalam tamadun Sumeria daripada bentuk Jatayu.

Melalui kajian dan penemuan yang telah dibuat ini saya ingin memberikan satu hipotesis mengapa wujud keganjilan-keganjilan ini. Pertama sekali kita perlu ingat bahawa masyarakat nusantara atau Austronesia adalah pelaut yang unggul. Setiap pelaut yang unggul perlu ada ilmu tentang navigasi. Ilmu navigasi yang terdapat pada para pelaut ini diperolehi dengan membuat pemerhatian terhadap langit, yakni bulan, bintang malahan planet. Pengetahuan ini semuanya memerlukan pengiraan matematik yang jitu. Oleh itu seorang pelaut selain jadi jurumudi dia juga ahli astronomi dan matematik. Mereka juga mahir dalam membina bangunan dari batu dengan ketepatan ukuran yang menakjubkan. lihat sahaja Borobudur dan Prambanan.


Sekarang anda fikir sendiri, bagaimana suku kaum yang tinggal di tengah-tengah hutan belantara dan padang pasiaq pelajari ilmu-ilmu ini? sebenarnya mereka telah beri kita banyak klu.Satu klu yang tak boleh kita terlepas pandang ialah kebanyakan tamadun-tamadun hebat ini mengaku bahawa ketamadunan dan ilmu-ilmu sains dan matematik yang mereka ada diperolehi dari orang luar atau orang asing yang mengajarkan kepada mereka!Siapakah orang asing ini!....ini misteri yang perlu anda fikirkan sendiri:) Dalam kajian yang dilaksanakan oleh beberapa  ahli antrophologi dan , didapati bahawa terdapatnya ras Austrik atau satu ras yang termasuk dalam ras Austronesia dalam DNA orang Sumeria. Mana datang ras ini sedangkan mereka dalam kelompok Assyrian. Selain itu siapa annunaki si makhluk yang bermuka macam naga tapi berbadan manusia! ini satu lagi kepelikan yang berlaku dalam setiap tamadun-tamadun purba yang hebat seperti Mayan dan Sumerian. Kedua-dua tamadun ini menyatakan adanya kedatangan orang luar atau makhluk lain yang digarbarkan seperti ular, biawak, buaya atau....NAGA!




Nah... ternyata begitu banyak misteri yang tersimpan tentang peradaban akan nenek moyang kita, tidak hanya dari segi budaya, dari bidang senibina pun nenek moyang kita tidak kalah dengan bangsa-bangsa lain di dunia, maka sepatutnya kita bangga dan menjadikan pelajaran buat kita, jangan sampai kita kalah dengan nenek moyang kita, yang hidup dizaman yang teknologinya masih minimum tapi mereka mampu menciptakan pelbagai karya besar untuk perkembangan di masa mendatang. Adakah mereka ini yang dibangga-banggakan sebagai Mastermason oleh orang-orang Freemason dan illuminati? adakah dari peradaban nenek moyang kita orang Yahudi zionis askenazi mendapat ilham dan motivasi untuk menguasai dunia. Ini semua hanya teori, dan setiap teori ada kelemahan masing-masing. Namun tidak boleh tidak kita harus cuba dan terus mencuba mencari kebenaran disebalik segala misteri ini...hal ini kerana ianya adalah warisan nenek moyang kita. jika bukan kita siapa lagi. we are son's of the Eden! sekian wallah'hu a'lam.
 Khas untuk Cik Inner circle..:)




1 comment: